Memaparkan catatan dengan label PRU-13. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRU-13. Papar semua catatan

Rabu, 7 Mac 2012

Sokongan Rakyat Kepada Perdana Menteri Semakin Jelas @NajibRazak


Sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin jelas kerana limpahan keberkesanan setiap dasar yang diperkenalkan benar-benar dapat dirasai mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. 

Anggota Parlimen Papar itu berkata saf kepimpinan dan anggota Barisan Nasional (BN) serta rakyat kini bergerak seiring dengan segala usaha yang dilaksanakan Najib. 

"Sememangnya setiap dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri menjurus kepada kemajuan rakyat jelata, dan sokongan mereka semakin jelas,” katanya. 

Isnin, 5 Mac 2012

PKR Berhasrat Tanding Tiga Parlimen Dan 11 DUN Di Terengganu Pada PRU-13


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu berhasrat meletakkan tiga calon untuk bertanding bagi kawasan parlimen dan 11 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) yang dijangka tidak lama lagi. 

Bagaimanapun, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri Terengganu Azan Ismail tidak mengumumkan secara terperinci kawasan Parlimen dan DUN yang akan ditandingi PKR. "Hasrat kita ini akan bergantung kepada perbincangan di peringkat pusat dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain, kemudian ia akan 'dimurnikan' sebelum keputusan muktamad dibuat pada 15 Mac ini," katanya kepada pemberita di sini, Ahad. 

Rabu, 22 Februari 2012

Ramai Yang Sokong Anwar Perlu Berdebat Dengan Saiful Bukan Najid Kata Tengku Adnan @TengkuAdnanReal


Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak cadangan agar diadakan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak ada apa yang perlu untuk didebatkan. 

Sebaliknya, Tengku Adnan menawarkan diri untuk mengaturkan satu debat dengan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Malam tadi, Anwar mengajak Najib agar berdebat dengan beliau berhubung isu Palestin. Malah semalam, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail telah meminta Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), untuk merintis jalan bagi mengadakan perbahasan antara Perdana Menteri dengan Anwar. 

Selasa, 21 Februari 2012

Cabaran PRU-13 Lebih Mencabar Dari Luar Biasa @ ZambryAbdKadir


Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan Pilihan raya Umum akan datang (PRU13) sebagai cabaran paling besar yang perlu ditempuhi dan akan menentukan nasib serta masa depan negara. 

Menurutnya, lebih penting PRU 13 bukan sekadar akan menentukan corak politik negara tetapi kuasa yang diperoleh adalah untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab terhadap mandat diberikan rakyat. “Cabaran yang perlu ditempuhi lebih dari biasa dan semua peringkat harus sedar situasi ini serta bertindak. 

Isnin, 20 Februari 2012

Barisan Nasional (BN) Mampu Mencapai Kejayaan Lebih Besar Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)


Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kejayaan lebih besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan gelombang kesedaran baru di kalangan rakyat yang kembali menyokongnya. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, gelombang kesedaran baru itu berdasarkan maklumat dan reaksi masyarakat secara keseluruhan di seluruh negara, khususnya terhadap pelbagai program transformasi dilakukan kerajaan dan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Katanya, banyak program transformasi yang digerakkan sejak PRU-12 menyentuh perasaan rakyat dan mereka turut menghargai pembangunan ekonomi yang dibawa BN, di mana ia mendapat pujian banyak pihak, termasuk Bank Dunia dan IMF (Tabung Mata Wang Antarabangsa). 

Ahad, 19 Februari 2012

Perdana Menteri Menegaskan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Dijangka Tidak Lama Lagi Untuk Masa Depan Rakyat Malaysia


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memerlukan mandat daripada rakyat untuk terus membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. Menurutnya, mandat itu penting kerana beliau akan meneruskan usaha dengan sedaya upayanya untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang terbilang.

"Sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) saya telah pun menerima mandat dan sebagai Presiden UMNO, saya juga telah menerima mandat daripada parti dan kali ini saya perlukan mandat daripada rakyat,'' katanya dalam ucaptama pada Persidangan Cina Malaysia di Persimpangan Politik yang turut dihadiri Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek di sini hari ini. 

Jumaat, 17 Februari 2012

Perdana Menteri Telah Meletakkan Indeks Prestasi Utama (KPI) Bagi Setiap Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Di Seluruh Negeri


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meletakkan Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi setiap Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) di seluruh negeri. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua Pengerusi Badan Perhubungan dan pimpinan BN peringkat negeri dipertanggungjawabkan untuk mencapai sasaran KPI yang ditetapkan. 

“Harapan kita bila ada KPI, pimpinan negeri dan bahagian akan beri tumpuan untuk capai KPI yang ditetapkan atau capai lebih baik daripada itu. KPI ini kita letakkan sebagai asas untuk Badan Perhubungan BN di setiap negeri mencapai sasaran yang telah ditetapkan,” katanya. 

Selasa, 14 Februari 2012

Pemuda Suka Ambil Pekara Mudah Dan Ramai Ahli UMNO Tidak Mendaftar Sebagai Pemilih


Majoriti daripada 400,000 ahli UMNO yang belum mendaftar sebagai pengundi adalah golongan muda dan pelbagai usaha akan dipertingkatkan bagi memastikan mereka tersenarai sebagai pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Pemuda dan Puteri UMNO telah diarah memberi perhatian terhadap usaha tersebut. 

"Kami berharap dalam tempoh dua minggu ini, usaha mengesan dan mendaftar kumpulan ini sebagai pengundi berhasil, itupun jika tarikh pilihan raya umum ditetapkan selepas tiga bulan," katanya selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana anjuran Puteri UMNO yang turut dihadiri oleh Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di PWTC di sini hari ini. 

Anwar Mula Takut Dengan Penambahan Pengundi Di Selangor Naik Mendadak


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapatnya kecurigaan dalam pertambahan mendadak bilangan pengundi di sesetengah kawasan di negeri ini sejak 2008. 

Penasihat PKR itu menjelaskan antara kawasan yang mengalami kadar kenaikan ketara adalah di kawasan Subang Kota Raja dan Puchong. Berdasarkan kajian analisis terperinci Pakatan Rakyat PR terdapatnya pertambahan mendadak bilangan pengundi di sesetengah kawasan yang mencurigakan Pengundi di 

Isnin, 13 Februari 2012

BN Perlu Bertindak Dari Sekarang Sebelum PKR Membuat Persiapan Terakhir Menjelang PRU-13


Sebuah pertemuan khas PKR penghujung bulan juga perjumpaan terbesar seumpamanya setakat ini akan digunakan untuk mengemaskini strategi pilihan raya sebelum pilihan raya umum yang dijangka berlangsung 14 bulan lagi. 

Penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan calon perdana menteri Pakatan Rakyat PR yang turut akan menerangkan rancangan akhir pasca-pilihan raya termasuk kemungkinan Barisan Nasional BN melancarkan tindakan kecemasan yang memungkinkan pakatan berkenaan hilang kuasa.

Ahad, 12 Februari 2012

Pembangkang Sengaja Cetus Kemarahan Rakyat Terhadap Kerajaan - Muhyiddin @ZambryAbdKadir


Pembangkang sengaja menggunakan isu inflasi dan kenaikan kos sara hidup dalam pelbagai kempen politik mereka untuk menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat terhadap kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan pembangkang yang turut mendakwa kerajaan sebagai penyebab kepada kedua-dua perkara itu bertujuan meraih sokongan rakyat terhadap perjuangan politik mereka. "Mereka tidak habis-habis kata kerajaan sebagai penyebab kenaikan harga barangan supaya rakyat marah, kata kerajaan zalim, kejam. 

"Kenyataannya kita sudah bertindak dan kenaikan harga barangan berada dalam keadaan terkawal," katanya ketika berucap pada Program Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia di sini, Sabtu. Beliau menjelaskan bahawa Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mempunyai dan menguatkuasakan undang-undang kawalan harga terhadap barangan keperluan.

Jumaat, 10 Februari 2012

Calon PRU Mungkin Tidak Dibenar Tarik Diri Ketika Tempoh Bertenang


KUALA LUMPUR 9 Feb. — Individu-individu yang telah disahkan sebagai calon bagi sesuatu pilihan raya mungkin tidak dibenarkan untuk menarik diri dalam tempoh bertenang selepas proses penamaan calon.

Itu antara peraturan baru yang dijangka dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan hanya calon-calon yang serius sahaja bertanding pada pilihan raya, kata Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, Datuk Seri Maximus Ongkili hari ini. 

Khamis, 9 Februari 2012

Mei, Jun Tempoh Sesuai Adakan PRU-13 – Penganalisis


Beberapa penganalisis politik berpendapat bahawa bulan Mei dan Jun merupakan masa yang sesuai untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, bulan Mei adalah masa terbaik untuk kerajaan mengadakan PRU13 kerana kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi negara yang memberangsangkan. 

“Suasana politik tahun ini lebih baik berbanding 2008 kerana pemimpin BN sentiasa berusaha keras dan turun pandang untuk mendengar masalah rakyat. “BN akan terus menguasai Persekutuan dan mempunyai harapan untuk mengambil semula negeri Selangor dan Kedah kerana sokongan rakyat mula beralih kepada kerajaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin Berkata Pemuda BN Sedia Hadapi PRU-13 Bila-Bila Masa


Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa sahaja walaupun dalam tempoh terdekat. 

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, jentera-jentera di semua peringkat sudah lama bergerak bagi memastikan kemenangan BN yang lebih besar pada PRU akan datang. 

Tambah beliau, persediaan sayap Pemuda UMNO sendiri sudah berada di peringkat akhir dan hanya perlu sedikit penambahbaikan supaya segala tugas yang diberikan dapat dijalankan dengan licin dan lebih tersusun. 

“Bagaimanapun, saya ingin menyeru kepada semua agar tidak terlalu obses dengan tarikh pilihan raya kerana ia boleh mengganggu fokus untuk bekerja dengan lebih kuat. “Apa yang penting ialah semua perlu berusaha dalam usaha memastikan kejayaan BN yang lebih cemerlang dalam PRU-13 nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn memberitahu, bulan Mei adalah masa yang sesuai untuk kerajaan mengadakan PRU-13 supaya ia tidak mengganggu perjalanan pentadbiran negara.

Rabu, 8 Februari 2012

SPR: Syarat Syarat Sah Wajib Pengundi Setiap Pengundi Wajib Dicalit


Kesemua lebih 12 juta pengundi wajib melalui proses calitan menggunakan dakwat kekal jika mahu mengundi dalam mana-mana pilihan raya negara ini selepas ini, termasuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pengundi yang enggan jari mereka dicalit atau mana-mana anggota badan yang mudah dilihat, jika seseorang itu tiada jari tangan, tidak akan diberikan kertas undi. "Tiada pilihan (bagi pengundi)," kata Wan Ahmad kepada Sinar Harian. 

Buat julung kali, PRU13 yang dijangka diadakan dalam waktu terdekat, akan menggunakan dakwat kekal. Wan Ahmad berkata, langkah itu bagi memastikan proses pilihan raya yang diadakan benar-benar bersih dan bebas persepsi wujudnya unsur penggundian berganda. Penggunaan dakwat kekal juga telah diluluskan oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen akhir tahun lalu.

Selasa, 7 Februari 2012

179 Orang YB Di Bawah Tangan Pengundi Muda Kata Exco Pergerakan pemuda Hisamuddin Yahya



Pemuda UMNO mendedahkan 179 daripada 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang, bakal ditentukan golongan muda berusia bawah 40 tahun. 

Pengerusi Biro Daftar Pemilih dan Keahlian Pemuda UMNO Malaysia, Hisamuddin Yahaya, berkata bagi menghadapi fenomena itu, Pemuda UMNO perlu memastikan 40,000 ahlinya yang masih belum mendaftar sebagai pengundi didaftarkan segera. 

“Malah, bagi mencapai matlamat itu, semua Ketua Pemuda UMNO Bahagian sudah diarah supaya turun padang untuk mendaftarkan mereka secepat mungkin bagi memastikan ahli Pemuda UMNO dapat memberi undi kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam PRU-13. 

Pemimpin Dan Anggota BN Haruslah Sentiasa Mendampingi Rakyat Bukan Semata Mata Untuk Pilihanraya


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan pemimpin dan ahli Umno serta parti komponen BN yang lain supaya tidak menganggap kekerapan Perdana Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang sebagai membawa mesej pilihan raya semata-mata. 

Sebaliknya, katanya, ia memberi mesej kepada semua pemimpin dan anggota parti komponen BN supaya meningkatkan usaha membela dan berbakti kepada rakyat akar umbi. 

Ahad, 5 Februari 2012

PRU-13 Mungkin Separuh Kedua 2012 Untuk Pastikan BN Menang Besar, Kata Sumber BN


Pilihan raya umum mungkin akan diadakan seawal separuh kedua tahun ini kerana Datuk Seri Najib Razak sedang mendapatkan kemenangan lebih besar dengan pegawai Barisan Nasional BN berkata perdana menteri percaya kemenangan tipis akan diperoleh sekiranya diadakan sekarang. Pengerusi BN mengetepikan kata-kata agar dibubarkan Parlimen awal minggu ini beberapa hari selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan agar mengambil masa untuk mendapatkan sokongan.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa suntikan dalam telah meletakkan BN akan mengulangi kemenangan dengan bilangan yang sama seperti pilihan raya umum 2008 jika pilihan raya diadakan tidak lama lagi BN memenangi 140 kerusi Parlimen hilang majoriti dua pertiga dan tewas di empat negeri.

“Datuk Seri Najib tidak akan mengambil risiko untuk mengadakan pilihan raya. Beliau boleh tunggu memandangkan ramai yang belum bersedia ” kata sumber BN kepada The Malaysian Insider menambah pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil sehingga April 2013. Sumber itu menambah pentadbiran Najib percaya terlalu berisiko untuk memanggil pilihan raya umum sekarang disebabkan isu Pusat Fidlot Nasiona NFC dan mengenai soal kenaikan gaji untuk 1 4 juta kakitangan perkhidmatan awam .

Jumaat, 3 Februari 2012

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Nasihatkan Najib Supaya Tangguhkan PRU-13.


Barisan Nasional (BN) perlu menangguhkan pilihan raya bagi memberi ruang untuk memenangi sokongan pelbagai pihak termasuk kaum cina, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak boleh mendapatkan kemenangan mudah tanpa memenangi kembali kehilangan majoriti dua pertiga pada 2008 sekiranya pilihan raya diadakan sekarang. 

TPM Minta Rakyat Kelantan Tidak Lagi Terus Ditipu Oleh Pas


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kelantan tidak lagi membiarkan mereka terus ditipu kerajaan negeri pimpinan Pas, sebaliknya memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk membela nasib mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini. 

Muhyiddin berkata, janji-janji Pas pada rakyat Kelantan sejak 1990 iaitu selepas parti itu menawan negeri ini ternyata satu pembohongan dan kerana itu. Pas perlu ditolak pada pilihan raya umum (PRU) nanti. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...