We Love Putrajaya

Sabtu, 11 Mei 2013

Peniaga DAP/ PR Sesuka Hati Naikan Harga Barang Dan Salahkan Kerajaan BN??? INI TIDAK ADIL



Penipuan 1 

Harga gula. Tiada arahan untuk menaikkan harga gula daripada kerajaan. Jika ada tanya peniaga tersebuat sama ada dia menyokong DAP/PR. Ada kemungkinan mereka sengaja mensabotaj kerajaan dengan sesuka hati menaikkan harga gula.

Ada rakan twitter yang memberitahu bahawa ada peniaga yang merupakan penyokong DAP/PR menaikkan harga jualan minyak masak dan harga batteri kereta dan memberi alasan bahawa kerajaan yang naikkan harga. Tindakan ini amat melampau kerana tiada sebarang arahan kerajaan untuk naikkan harga barangan terbuat.

 sabotaj mereka ke atas kerajaan. Cadangan saya, belilah di kedai-kedai runcit 1Malaysia atau kedai-kedai yang anda yakini tidak akan berlaku sabotaj seperti ini. Jika ada peniaga yang menaikkan harga, semak sokongan politik mereka. jangan benarkan mereka sabotaj kerajaan sedia ada.



Penipuan 2 

GST. Penjelasan daripada Perbendaharaan amat jelas dakwaan GST telah dilaksanakan adalah satu lagi penipuan.

CTS mendapati sudah menjadi kecederungan pihak-pihak tertentu cuba untuk menyalahkan Kerajaan akibat kenaikan harga barangan. 

CTS telah mendapati provokasi ini telah dilakukan dengan meluas oleh cybertroopers Pakatan Haram di laman-laman sosial, untuk menunjukkan inilah "hadiah" yang Rakyat Malaysia harus tanggung dengan memilih Barisan Nasional menerajui Kerajaan Persekutuan. 

CTS mengambil contoh satu barangan kawalan iaitu gula yang dinaikkan sesuka hati oleh satu kedai milik satu bangsa tertentu yang prejudis di dalam PRU13 yang lepas. CTS tidak boleh sebut bangsa di sini kerana apabila CTS sebagai orang Melayu Islam sebut bangsa, pasti akan dicop rasis!!! 



Penipuan 3 

Harga roti Gardenia Di bawah adalah bukti tanda harga dan tarikh pembelian roti dibuat. Harganya sama sejak 15 Julai 2012 . Di bawah pula penjelasan daripada Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd tentang harga roti tersebut.

Namun, semua orang maklum mengenai pemilik kedai berkenaan bukan? Untuk lebih lanjut, sila rujuk harga kawalan di laman web KPDNKK, di sini. 

Ahad, 5 Mei 2013

Panas Panas!! Akhirnya BN Kekal Kerusi Di Putrajaya Husam Kecundang Ditangan Tengku Nan Di Putrajaya @Tengkuadnanreal @Najibrazak @Tunfaisal

DS Tengku Adnan akhirnya berjaya menewaskan Husam yang benar benar kelaparan untuk menakluki Putrajaya ternyata hayalan.

Husam akhirnya terpaksa balik ke kampung di Salor Kelantan untuk menternak kambing Jamnapari. Dengan kebenaran ternyata org kerajaan masih sayangkan Kerajaan Barisan Nasional.

Penduduk Putrajaya bersorak kegembiraan hasil kerja keras penat lelah selama seminggudan kini akhirnya dengan keputusan tidak rasmi Tengku Adnan Bin Tengku Mansor telah mendapat 9804 undi dan calon lawan Husam mendapat 4366 undi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Persiangan Sengit Pengundi Tengku Nan Meningkat 70% Husam Mula Berang @Tengkuadnanreal @tunfaisal @najibrazak


Ternyata Tengku Adnan masih diterima oleh warga Putrajaya dan mereka yang hadir ke pusat buangan undi pagi tadi amat gembira apabila DS Tengku Adnan bersama sama mereka berbual serta bergambar bersama calon mereka iaitu DS Tengku Adnan Ahli Parlimen Putrajaya



Kemesraan DS Tengku Adnan tiada tandingan  dan DS Tengku Adnan menyeru kepada Warga Putrajaya serta Pengundi Putrajaya hendaklah memilih Barisan Nasional kerana ia adalah sebuah parti perjuangan  siasah dari dulu lari sehingga hari ini rakyat hidup dengan selesa dan aman.



Calon BN, Tengku Adnan tiba di lokasi pembuangan undi tepat jam 9.08 pagi bersama isteri. Beliau menjalankan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Presint 9 (2) Putrajaya di saluran 1. Dalam pada masa yang sama, beliau mengucapkan syabas kepada pengundi-pengundi kerana berjaya keluar awal pagi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.


"Saya ucapkan syabas kepada pengundi-pengundi di seluruh negara yang kita minta penyokong-penyokong Barisan Nasional untuk keluar pagi-pagi lagi kerana kita takut apa yang dilakukan oleh puak-puak yang desperate, jadi kita minta semua pengundi kita keluar lebih awal. "Saya takut akan timbul perkara-perkara yang tidak disenangi," katanya.

Menyentuh berkenaan rancangan pembangkang yang akan berkumpul di Putrajaya dengan tujuan yang tidak elok, Tengku Adnan bertegas bahawa langlah keselamatan telah dan akan diambil bagi mengelakkan kekacauan. "Kita dah laporkan pada polis. Mereka datang buat konvoi beramai-ramai, saya harap mereka rasional sikitlah. 

Datin Seri juga sempat beramah mesra dengan warga sekitar Putrajaya

"Kerana kita ada pilihan raya, setiap empat tahun sekali rakyat akan pilih kerana itu memang hak rakyat. "Jadi janganlah menuduh pihak-pihak berkuasa seperti SPR dan orang lain bahawa kita tak melaksanakan tanggungjawab dengan baik,"

"Kalau kita tipu sudah pasti mereka tidak akan menang enam negeri termasuk wilayah persekutuan pada tahun 2008 yang lalu," katanya. Pusat mengundi kawasan Metropolitan di Sek Keb Presint (9) masih dipenuhi rakyat yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka di hari mengundi. Pengundi di lihat tidak putus-putus masuk ke perkarangan sekolah untuk menjalani proses mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini. 


Di pusat mengundi ini, saluran mengundi terpecah kepada 11 saluran yang membolehkan 7063 orang pengundi berdaftar di bawah SPR membuang undi. Pecahan pengundi di kawasan ini mengikut golongan; lima peratus bagi golongan OKU dan selebihnya adalah pengundi biasa. Peratusan mengikut kaum pula, lima peratus mewakili kaum India, lima peratus kaum Cina dan 90 peratus kaum Melayu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...