Selasa, 14 Februari 2012

Anwar Mula Takut Dengan Penambahan Pengundi Di Selangor Naik Mendadak


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapatnya kecurigaan dalam pertambahan mendadak bilangan pengundi di sesetengah kawasan di negeri ini sejak 2008. 

Penasihat PKR itu menjelaskan antara kawasan yang mengalami kadar kenaikan ketara adalah di kawasan Subang Kota Raja dan Puchong. Berdasarkan kajian analisis terperinci Pakatan Rakyat PR terdapatnya pertambahan mendadak bilangan pengundi di sesetengah kawasan yang mencurigakan Pengundi di 


Subang bertambah sebanyak 35 peratus daripada sejumlah 84 000 ribu kepada 114 000 

Kota Raja mengalami peningkatan 29 5 peratus 

Puchong mengalami peningkatan sebanyak 25 peratus daripada tahun 2008 katanya namun tidak mendedahkan butiran lanjut berkenaan peningkatan tersebut.

Sehubungan itu Anwar turut menuntut SPR melaksanakan penyiasatan terperinci terhadap sejumlah 42,000 senarai nama yang meragukan di dalam senarai daftar pemilih yang tidak mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara JPN Sehingga Oktober 2011 sejumlah 42,000 senarai nama meragukan terdapat dalam senarai daftar pemilih dan kebanyakan mereka ini berumur antara 90 hingga seratus tahun dan tidak berdaftar dengan JPN.

Sekiranya perkara itu tidak di atasi segera Pakatan Rakyat mendesak SPR supaya tidak melaksanakan pilihan raya sehinggalah siasatan selesai jelasnya lagi dan menambah pembangkang turut mendesak SPR menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat warga asing yang diberi kerakyatan.

Perkara itu bukan hanya isu di Sabah bahkan masalah peringkat nasional Sehubungan itu PKR mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya SPR mewujudkan suruhanjaya dan sahkan status mereka yang layak sebagai warganegara dan pengundi sebelum pilihan raya akan datang tegasnya.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tiga pemimpin PR yang berada di dalam Jawatankuasa Khas Parlimen berkenaan penambah baikan pilihan raya PSC akan memainkan peranan mendesak SPR menjalankan semakan yang lebih telus dan pendaftaran secara automatik supaya data pengundi dapat disemak dengan lebih teliti Azmin Ali Anthony Loke dan Dr Hatta Ramli akan bertanggungjawab mendesak SPR bagi memperbaiki perkara ini sebelum pilihan raya dilaksanakan katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...