Memaparkan catatan dengan label Anwar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anwar. Papar semua catatan

Selasa, 21 Februari 2012

Nik Aziz Terima Bulat Bulat Jawapan Anwar Ibrahim


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan semula pendirian parti itu tidak akan sekali-kali mengiktiraf walaupun "seinci hak" Yahudi terhadap bumi Palestin. 

"Saya ingin mengulangi pendirian saya dan Majlis Syura serta pendirian Pas khususnya bahawa tidak sekali-kali mengiktiraf walaupun seinci pun hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas pada hari ini. 

"Berbeza atau tidak dengan sesiapa, Pas tetap dengan pendirian ini," kata Nik Abdul Aziz dalam mesej yang dipaparkan dalam laman sosial Facebook beliau petang ini, lebih lima jam selepas menerima kunjungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. 

Ahad, 19 Februari 2012

200 Orang Bantah Kehadiran Anwar Di Endau Mersing


Kira-kira 200 orang yang mewakili pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan secara aman terhadap kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Endau di sini untuk berceramah Ahad ini. 

Kumpulan tersebut yang terdiri daripada wakil Pergerakan Pemuda UMNO, MCA, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Mersing serta Persatuan Belia Endau mendakwa kehadiran Ketua Umum PKR itu hanya akan memecah-belahkan perpaduan penduduk di kawasan tersebut. 

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing, Youzaimi Yusuf berkata, penduduk di daerah ini menolak kehadiran Anwar kerana kehadirannya akan menimbulkan rasa kurang tenteram, selain ceramah beliau hanya akan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan. 

Selasa, 14 Februari 2012

Anwar Mula Takut Dengan Penambahan Pengundi Di Selangor Naik Mendadak


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapatnya kecurigaan dalam pertambahan mendadak bilangan pengundi di sesetengah kawasan di negeri ini sejak 2008. 

Penasihat PKR itu menjelaskan antara kawasan yang mengalami kadar kenaikan ketara adalah di kawasan Subang Kota Raja dan Puchong. Berdasarkan kajian analisis terperinci Pakatan Rakyat PR terdapatnya pertambahan mendadak bilangan pengundi di sesetengah kawasan yang mencurigakan Pengundi di 

Isnin, 13 Februari 2012

BN Perlu Bertindak Dari Sekarang Sebelum PKR Membuat Persiapan Terakhir Menjelang PRU-13


Sebuah pertemuan khas PKR penghujung bulan juga perjumpaan terbesar seumpamanya setakat ini akan digunakan untuk mengemaskini strategi pilihan raya sebelum pilihan raya umum yang dijangka berlangsung 14 bulan lagi. 

Penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan calon perdana menteri Pakatan Rakyat PR yang turut akan menerangkan rancangan akhir pasca-pilihan raya termasuk kemungkinan Barisan Nasional BN melancarkan tindakan kecemasan yang memungkinkan pakatan berkenaan hilang kuasa.

Jumaat, 10 Februari 2012

Panas Panas Anuwar Terus Dicabar Saman 3 Pihak


Demi membersihkan namanya yang tercalar dengan pelbagai tuduhan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar menyaman tiga pihak untuk menyelesaikan kemelut yang memalukan itu. 

Bekas Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip berkata, tiga pihak itu ialah Datuk Eskay Abdullah, Ummi Hafilda Mohd Ali dan akhbar berpengaruh Wall Street Journal edisi Asia. 

Selasa, 7 Februari 2012

Ketua Pembangkang Anwar Sakiti Umat Islam Seluruh Dunia - Hery


Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi sokongan kepada sebarang usaha bagi melindungi keselamatan Israel disifatkan menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam seluruh dunia. 

Sehubungan itu, Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah dan Dunia Islam Universiti Muhammadiah, Jakarta, Hery Sucipto menganggap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat kenyataan yang sangat melulu dan melampau berhubung perkara berkenaan. 

''Sokongan Anwar ini boleh menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam di seluruh dunia ketika dunia antarabangsa menyeru serta mendukung perjuangan rakyat Palestin melepaskan diri daripada penjajahan Israel,'' katanya. 

Khamis, 2 Februari 2012

Anwar Menghina Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed supaya “duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah” serta tidak ‘menyerangnya’ tanpa sebarang asas. 

Katanya, beliau sudah lali dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya sejak bertahun-tahun itu. "Itu orang tua belum habis lagi ka? Sudah la tu. Dia dan keluarga sudah kaya-raya, Mirzan dah berbilion.

Selasa, 31 Januari 2012

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Mengkhianati Palestin Dan Umat Islam Sedunia


Kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap usaha melindungi keselamatan negara Israel dianggap mengkhianati Palestin dan umat Islam sedunia. 

Penasihat Yayasan Keamanan Global Perdana Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata setiap kali zionis Israel membunuh rakyat Palestin yang beragama Islam atau Kristian, mereka menggunakan alasan mempertahankan keselamatan negara.

Jumaat, 25 November 2011

Anwar Ingin Mempertaruhkan Diri Kalau PKR Menang Dalam PRU-13


Presiden PKR sekali lagi akan mempertaruhkan diri untuk merebut jawatan Perdana Menteri jika beliau menang dalam pilihan raya yang akan datang. 'Diatas tuduhan meliwat beliau terus bertahan berhadapan dengan hukuman penjara' kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...