Isnin, 13 Februari 2012

BN Perlu Bertindak Dari Sekarang Sebelum PKR Membuat Persiapan Terakhir Menjelang PRU-13


Sebuah pertemuan khas PKR penghujung bulan juga perjumpaan terbesar seumpamanya setakat ini akan digunakan untuk mengemaskini strategi pilihan raya sebelum pilihan raya umum yang dijangka berlangsung 14 bulan lagi. 

Penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan calon perdana menteri Pakatan Rakyat PR yang turut akan menerangkan rancangan akhir pasca-pilihan raya termasuk kemungkinan Barisan Nasional BN melancarkan tindakan kecemasan yang memungkinkan pakatan berkenaan hilang kuasa.


Pertemuan khas yang akan diadakan di Lumut bermula 24 hingga 26 Febuari akan melibatkan bukan sahaja pemimpin atasan parti bahkan juga ketua-ketua cawangan bagi kerusi yang bakal mereka tandingi bagi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

"Kebiasaannya hanya majlis tertinggi dan biro politik akan menghadiri acara itu namun pemimpin di peringkat akar umbi akan turut serta pada kali ini dengan penyertaan dijangka seramai 200 peserta perhimpunan terbesar dalam sejarah parti" kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli kepada The Malaysian Insider.

Menurutnya dengan matlamat parti untuk menawan Putrajaya mereka akan menyertai pilihanraya dengan barisan yang bersatu dan bersih. Bekas timbalan perdana menteri Anwar telah mengetuai perikatan longgar antara DAP, PAS dan PKR dan merekodkan kemenangan ketika plihan raya 2008 dengan PKR menjadi pembangkang terbesar di Parlimen selepas memenangi 31 kerusi persekutuan.

Ketika itu ketiga-tiga parti tersebut berjaya membina perikatan untuk menumbangkan Barisan Nasional daripada menguasai tiga per empat kerusi Parlimen.

Mereka berjaya menawan 82 kerusi persekutuan dan menawan lima negeri termasuk negeri terkaya Selangor dan Pulau Pinang Pakatan pembangkang percaya mereka sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya namun pemerhati politik melihat ketiga-tiga parti tersebut bertelagah sesama sendiri PKR, DAP dan PAS dilihat gagal mencapai kata putus berkenaan pelaksanaan undang-undang Islam tindakan terhadap hubungan berbilang agama dan rakyat majmuk di negara ini.

"Kami akan berpecah kepada beberapa kumpulan kecil bagi mengatur kembali gerakan perjuangan parti terhadap isu yang sukar untuk menarik pengundi jelas Rafizi dan menambah Anwar berjumpa dengan pemimpin di peringkat akar umbi bagi menjelaskan isu yang akan digunakan menghadapi pilihan raya".

Kepimpinan pusat turut akan berhubung dengan pimpinan akar umbi berkenaan pelan tindakan kemungkinan berhubung GE13. "Kami akan mengenal pasti apa tindakan yang boleh dilakukan sekiranya kami tewas dua per tiga sekiranya status quo itu kekal kami menang kami menang dua per tiga sekiranya kami menang dan BN mengumumkan tindakan kecemasan kami akan tahu tindakan yang akan dibuat dan pelan tindakan terlibat" kata Rafizi.

Menurutnya idea berkenaan akan disampaikan kepada rakan-rakan PR bagi menghadapi pilihan raya yang akan menjadikannya kali pertama penguasaan BN tidak diganggu gugat sejak Kemerdekaan.

Walaupun terdapatnya spekulasi bahawa Parlimen akan dibubarkan beberapa minggu lagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan masih lagi sedang menunaikan janji-janjinya dan amat penting buat rakyat untuk merasai perubahan yang dijanjikan akan memanfaatkan mereka Tun Dr Mahathir Mohamad bekas perdana menteri yang memerintah selama 22 tahun dan masih berpengaruh mencadangkan agar Najib menangguhkan tarikh pilihan raya dan mendapatkan sokongan penuh untuk BN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...