Isnin, 13 Februari 2012

Nik Aziz Yang Berprasangka Buruk Terhadap Barisan Nasional Dan Melemparkan Tohmahan Bahawa Premis Judi Akan ‘subur’ Di Kelantan


Pemuda UMNO Kelantan menyelar tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berprasangka buruk dan melemparkan tohmahan bahawa premis judi dan amalan riba akan ‘subur’ sekiranya Barisan Nasional (BN) menawan negeri itu. 

Naib Ketuanya, Rosmadi Ismail (gambar) berkata, sebagai seorang yang bergelar ulama, Nik Abdul Aziz tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan seperti itu sedangkan selepas 21 tahun Pas memerintah negeri itu masalah tersebut tidak dapat dihapuskan. 

Beliau berkata, ia jelas terbukti apabila masalah sosial sentiasa meningkat di negeri itu berbanding negeri-negeri lain yang diperintah BN. “Sebagai contoh, Kelantan berada di kedudukan teratas dalam kes jangkitan HIV berbanding negeri lain begitu juga dengan penagihan dadah dan perceraian yang kian meningkat pada setiap tahun.


“Kalau kata judi tidak ada di Kelantan, itu menipu, nombor ekor di mana saja, di kedai kopi ada jual, begitu juga dengan loteri, jika media tidak bising sebelum ini, sampai sekarang masih ada jual tiket-tiket loteri secara terbuka. 

“Apakah ini sumbangan Pas selepas 21 tahun memerintah Kelantan, masalah sosial semakin menjadi-jadi, jangan tohmah orang macam-macam sedangkan diri sendiri pun tidak boleh jaga,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang membayangkan Kelantan akan subur dengan premis judi dan amalan riba sekiranya BN dapat menawan kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang. 

Rosmadi berkata, rakyat boleh menilai sendiri siapa yang benar-benar mengembangkan Islam di negara ini dan siapa yang mempergunakan agama untuk kepentingan politik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...