Selasa, 14 Februari 2012

Putrajaya Hadapi Pilihan Sukar Dengan Rombakan Bayaran Kepada Kakitangan Kerajaan


Pentadbiran Najib sedang menghadapi tekanan apabila cuba untuk meredakan skim pembayaran kontroversi yang akan menguntungkan kakitangan kerajaan peringkat atasan tapi majoriti 1 4 juta kakitangan bawahan hanya menerima kadar kenaikan yang sedikit yang akan memberikan kesan buruk terhadap parti pemerintahan.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Putrajaya mahu menyelesaikan pemulihan skim berkenaan yang dilihat hanya akan memberikan faedah kepada pegawai kanan kakitangan awam yang dianggarkan seramai 2 000 daripada mereka sudah menandatangani perjanjian skim baru berkenaan yang akan menjamin peningkatan pendapatan sehingga RM5 000 sebulan.


Melalui skim itu kerajaan akan menghadapi peningkatan kos tambahan sebanyak RM2 billion setahun sekiranya kerajaan ingin meletakkan lebih banyak wang kepada kakitangan pertengahan dan bawahan yang tidak memperolehi kenaikan bayaran Melalui Skim Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA kerajaan akan mengalami peningkatan kos sebanyak RM2 6 bilion setahun.

“Kerajaan sedang menghadapi tekanan yang berat kerana kebanyakan pegawai kanan perkhidmatan awam telah mendatangani skim yang tidak memberikan keuntungan kepada semua pihak ” jelas sumber kepada The Malaysian Insider

“Putrajaya telah membuat pengiraan dan menyaksikan kerajaan bakal menghadapi peningkatan kos sebanyak kira-kira RM2 bilion setahun sekiranya terus mengekalkan skim itu termasuk memberikan kenaikan kepada kakitangan bawahan Itu jumlah yang cukup besar ” tambahnya.

Sumber lain menjelaskan peningkatan pembayaran itu juga akan memberikan implikasi kepada bayaran pencen “Pencen akan meningkat untuk mereka yang sudah bersara dan untuk mereka yang masih berada dalam perkhidmatan sekarang ini ” tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...