Kerajaan tidak meminjam daripada mana-mana pihak termasuk Bank Dunia atau menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membiayai Program Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Selasa menjelaskan bahawa kerajaan melaksanakan program BR1M menggunakan peruntukan perbelanjaan mengurus yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2012.
"Oleh itu, adalah jelas kerajaan tidak meminjam daripada mana-mana pihak. Kerajaan juga tidak menggunakan wang KWSP atau mana-mana entiti tempatan untuk membiayai program ini," katanya.



