Jumaat, 3 Februari 2012

TPM Minta Rakyat Kelantan Tidak Lagi Terus Ditipu Oleh Pas


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kelantan tidak lagi membiarkan mereka terus ditipu kerajaan negeri pimpinan Pas, sebaliknya memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk membela nasib mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini. 

Muhyiddin berkata, janji-janji Pas pada rakyat Kelantan sejak 1990 iaitu selepas parti itu menawan negeri ini ternyata satu pembohongan dan kerana itu. Pas perlu ditolak pada pilihan raya umum (PRU) nanti. 


"Kalau berjanji tidak laksanakannya itu adalah `belawok” (pembohongan). Kalau dalam Islam apa hukumnya kalau berbohong? "Soal duniawi dan ukhrawi mesti selari. Ini tuntutan agama dan kalau tidak ada keupayaan tuntutan agama ini tidak kesampaian.

Kita (BN) akan buat lebih berkesan daripada Pas. Ini bukan cakap besar atau sombong,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini, hari ini. 

Lebih 15,000 rakyat berbilang kaum hadir pada majlis itu di mana Muhyiddin turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 30 penduduk di jajahan itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...