Ia bagi membolehkan anggota pasukan itu digerakkan ke mana saja pada bila-bila masa bagi membantu masyarakat yang memerlukan.
Pengarah JPAM Kedah, Lt Kol Mohtar Samad, berkata anggota sukarelawan pasukan itu tidak boleh leka dan perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran melalui latihan mingguan yang diberikan pasukan itu.
Katanya, ini kerana bencana atau malapetaka yang datang tidak ada isyarat terlebih dulu dan jika pasukan itu lalai adalah sukar bagi JPAM untuk mengumpulkan mereka bagi dihantar menyertai sebarang misi yang memerlukan bantuan sukarelawan terbabit.
"Sehingga kini, kita mempunyai pasukan sukarelawan yang terbesar di negeri ini manakala Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula sudah melengkapkan pasukan ini dengan pelbagai peralatan iaitu 48 kenderaan, termasuk lori, ambulans dan pacuan empat roda serta 28 bot yang ditempatkan di daerah yang berisiko menghadapi bencana banjir.
"Sehubungan itu, setiap anggota sukarela pasukan ini perlu menitikberatkan disiplin yang tinggi serta bersiapsiaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang memerlukan bantuan mereka.
"Bencana akan datang tanpa ada petanda awal dan kita semestinya sentiasa bersedia dan mampu menggunakan sebaik-baiknya latihan yang diberikan," katanya pada majlis penutup latihan mingguan dan penyerahan kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara kepada JPAM daerah di Alor Setar, baru-baru ini.
Hadir sama, Pegawai JPAM Daerah Kota Setar, Kpt Saifuddin Abdullah.
Mohtar berkata, JPAM hanya mempunyai 56 pegawai dan kakitangan tetap di seluruh negeri ini dan kekuatan pasukan itu terletak di tangan anggota sukarelanya.
Antara latihan mingguan yang diberikan, termasuk aspek menyelamat mangsa bencana atau kemalangan, mengumpul data serta membantu menyediakan keperluan jika penduduk ditempatkan di pusat pemindahan.
Sehingga kini, kita mempunyai pasukan sukarelawan yang terbesar di negeri ini manakala Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula sudah melengkapkan pasukan ini dengan pelbagai peralatan iaitu 48 kenderaan, termasuk lori, ambulans dan pacuan empat roda serta 28 bot yang ditempatkan di daerah yang berisiko menghadapi bencana banjir. - Mohtar Samad, Pengarah JPAM Kedah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan