Memaparkan catatan dengan label ZambryAbdKadir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ZambryAbdKadir. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Mac 2012

Pegawai Daerah Larut,Matang & Selama Kena Jawab Kepada MB @ZambryAbdKadir


D.O Encik Harun Rawi kena jawab ni,mengapa penduduk Melayu,Pak Cik Abdul Karim Ahmad menjadi mangsa birokrasi. Beliau nak buat rumah,tetapi ada longkang di tengah-tengah tanah . Tak kan masalah sekecil ini ,pun kena panggil MB selesaikan. Baca cerita pak cik ini,di bawah. 

TAIPING – Seorang penduduk di sini kecewa apabila lot tanah milik di Mukim Tupai masih tidak dapat diusahakan kerana terdapat longkang di tengah-tengah kawasan itu. Penduduk, Abdul Karim Ahmad, 63, berkata, dia tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan agar tanahnya itu dapat digunakan untuk membina rumah sejak menerimanya pada 2007. 

Rabu, 22 Februari 2012

Banjir Di Kg Manjoi Perak @ZambryAbdKadir


Rumah yang telah ditengelami air


Pasukan Rela dan JPAM  turut membantu warga emas 


Menteri Besar Perak yang berjiwa rakyat turut meredahi banjir dan melihat keadaan banjir di Kg Manjoi

MBI Harus Mengambil TindakanTerminal Bas Ekspress Medan Gopeng Uzur, Kotor Dan Berbau Busuk @ZambryAbdKadir


Terminal Bas Ekspress Medan Gopeng antara lokasi yang sentiasa sibuk dan tidak putus-putus menerima kunjungan pengguna pengangkutan awam itu yang datang dari seluruh negara. 

Sebagai pintu masuk pelancong ke bandaraya Ipoh khususnya dan Perak amnya, terminal bas ini seharusnya mencerminkan status Ipoh sebagai bandar raya yang dahulunya pernah dikenali antara bandar raya terbersih di Malaysia. 

Namun, keadaan berlaku sebaliknya kerana terminal itu bukan sahaja kelihatan usang tetapi juga tahap kebersihan di kawasan sekitarnya amat mengecewakan hingga menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan pengunjung. 

Selasa, 21 Februari 2012

Cabaran PRU-13 Lebih Mencabar Dari Luar Biasa @ ZambryAbdKadir


Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan Pilihan raya Umum akan datang (PRU13) sebagai cabaran paling besar yang perlu ditempuhi dan akan menentukan nasib serta masa depan negara. 

Menurutnya, lebih penting PRU 13 bukan sekadar akan menentukan corak politik negara tetapi kuasa yang diperoleh adalah untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab terhadap mandat diberikan rakyat. “Cabaran yang perlu ditempuhi lebih dari biasa dan semua peringkat harus sedar situasi ini serta bertindak. 

Ahad, 19 Februari 2012

Panas Berapi Exzos Dah Keluar Api Betul Ke UMNO/BN Tak Mampu Mempertahankan Negeri Perak Mari Kita Kupas Satu Per Satu:- @ZambryAbdKadir


VS


WARTAWAN: 
Bagaimana dengan tahap kerjasama parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat di Perak? 

Adakah isu-isu yang boleh mengganggu kerjasama. Jika ada, bagaimana saudara mengatasinya? 

Pas ) Sehingga sekarang tidak ada isu yang boleh mengganggu kerjasama. Prinsip yang kita sepakati bersatu menumbangkan kezaliman, salah guna kuasa, amalan rasuah dan kemungkaran ekonomi Umno-BN. Sekiranya ada sekalipun hanya isu kecil yang boleh diselesaikan di meja perbincangan dengan penuh berhemah. 

UMNO ) Rasanya Pas yang sekarang tengah dibelengu oleh isu isu PKR yang banyak pertikaian, Dalam isu kezaliman, salah guna kuasa yang paling teruk sekali adalah puak puak pembankang Pas dan PKR. Sebagai Contoh kezaliman orang orang UMNO sendiri takda akan membuat perarakan tunjuk perasaan dan dan sebagainya  tetapi puak puak pembangkang telah membuat perarakan, baring atas jalanraya tunjuk perasaan dan sebagainya ini adalah kerja kerja puak pembangkang.

Bagaimana dengan pembahagian kerusi. Sudahkah ia selesai? 


Pas) Hanya satu dua kerusi yang bertindih, namun ia dapat diselesaikan sebelum PRU akan datang, insya-Allah. 


UMNO) Umno tidak ada masalah dengan pembahagian kerusi ini terletak di tangan Perdana Menteri iaitu DS Najib akan membuat keputusan siapakah calon calon yang layak yang akan diletakan di negeri Perak dan tidak ada pergaduhan di dalam jentera parti UMNO di negeri Perak itu sendiri.

Sabtu, 18 Februari 2012

Kalau Pembangkang Perak Tengok Nii Tentu PR Perak Gigit Jari Dalam PRU-13 @ZambryAbdKadir


Menteri Besar Perak Yang Berjiwa Rakyat


Menteri Besar Perak Bersama Ulama - Ulama Perak




Menteri Besar Perak DS Dr Zambry Makan Bersama Ulama Ulama Perak

DS Dr Zambry Yang Berjiwa Rakyat Belum Pernah Ada Pemimpin Yang Akan Lakukan Sebegini Rupa @ZambryAbdKadir


Dalam tempoh beberapa bulan lalu Najib sudah melakukan dua kali lawatan politik ke Perak. Esok 18 Februari, Najib sekali lagi melakukan lawatan ke Perak. Kekerapan beliau melawat Perak adalah menandakan pilihanraya umum sudah semakin hampir dan juga untuk memastikan BN dapat terus berkuasa di negeri "Kejor Yob Kejor" itu. 

Dalam pilihanraya 2008, BN Perak yang ketika itu dipimpin oeh Tajol Rosli telah tumbang di Perak. Bagamaimanapun dengan tiga orang ADUN Pakatan Rakyat melompat parti kemudiannya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang ketika itu dipimpin oleh Nizar Jamaluddin akhirnya tumbang. Dr Zambry kemudian mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri Perak. 

Berdasarkan senario itu, politik Perak memang panas. BN yang memperolehi kuasa melalui "pintu belakang" dan "kuasa mahkamah", kali ini mahu membuktikan bahawa rakyat Perak akan terus menyokong mereka. Bagi PR pula, yang merasakan kuasa pemerintahan mereka telah "dirompak" secara tidak sah, turut mahu membuktikan gabungan Pas, DAP dan PKR benar-benar diterima rakyat Perak dalam pilihanraya kali ini. 

Isnin, 13 Februari 2012

Tahniah DS Zambry Mahu Belia Perak Cebur Diri Dalam Perniagaan Francais @ZambryAbdKadir


Kerajaan negeri mengalakkan penyertaan golongan muda dalam perniagaan termasuk bidang francais kerana ia mampu memberi peluang ekonomi yang baik kepada segenap lapisan masyarakat. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberitahu sistem perniagaan fancais dilihat sebagai satu pendekatan yang sangat popular apabila masyarakat dapat memasarkan atau berniaga bersama-sama usahawan besar. 

“Kita sememangnya sedar akan pendekatan yang harus kita lakukan terutama di kalangan golongan muda. “Justeru, kerajaan negeri telah mewujudkan satu program dalam Bajet 2012 yang dipanggil Belia Niaga Aman Jaya. “Melalui program itu, kita menyarankan golongan muda yang berminat dalam bidang ini untuk menyertainya dan kita membantu dari segi bajet dengan menyediakan amaun RM 5,000 untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan,” katanya selepas merasmikan program terbabit di Manjung, Perak. 

Ahad, 12 Februari 2012

Pembangkang Sengaja Cetus Kemarahan Rakyat Terhadap Kerajaan - Muhyiddin @ZambryAbdKadir


Pembangkang sengaja menggunakan isu inflasi dan kenaikan kos sara hidup dalam pelbagai kempen politik mereka untuk menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat terhadap kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan pembangkang yang turut mendakwa kerajaan sebagai penyebab kepada kedua-dua perkara itu bertujuan meraih sokongan rakyat terhadap perjuangan politik mereka. "Mereka tidak habis-habis kata kerajaan sebagai penyebab kenaikan harga barangan supaya rakyat marah, kata kerajaan zalim, kejam. 

"Kenyataannya kita sudah bertindak dan kenaikan harga barangan berada dalam keadaan terkawal," katanya ketika berucap pada Program Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia di sini, Sabtu. Beliau menjelaskan bahawa Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mempunyai dan menguatkuasakan undang-undang kawalan harga terhadap barangan keperluan.

Kerajaan Umum Peruntukan RM57.5j Untuk Perak @ ZambryAbdKadir


Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat lawatan sehari ke Perak hari ini mengumumkan beberapa peruntukan yang kesemuanya berjumlah RM57.5 juta demi faedah rakyat di negeri ini. 

Pada majlis bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia di sini, Muhyiddin mengumumkan kelulusan sebanyak RM30.846 juta dengan sebahagian besarnya untuk pembangunan pendidikan dan infrastruktur. 

Sebanyak RM27 juta diperuntukkan untuk pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Bahagia di sini manakala RM800,000 pula bagi membina Sekolah Agama Rakyat (SAR) Pangkor. Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk menaiktaraf Jalan Sungai Manik-Changkat Jong manakala RM400,000 lagi bagi membina jeti nelayan yang baru di sini. 

Selasa, 7 Februari 2012

Isu Sampah MBI Perlu Selesaikan Dengan Segera.... @ZambryAbdKadir


Penduduk dan peniaga Pasar Jelapang di Perak menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keadaan bangunan pasar dan persekitarannya yang kotor menerusi memorandum diserahkan kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) semalam.

Memorandum yang mengandungi kira-kira 2,000 tandatangan itu mengharapkan tindakan segera diambil MBI bagi menangani masalah itu yang didakwa dihadapi sejak sekian lama. Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), M Sarasvathy berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk dan peniaga di pasar itu yang berharap MBI melakukan tindakan segera mengubahsuai bangunan pasar dan membersihkan kawasan persekitarannya.

Koir Pakatan Rakyat Perak Berkabung Bawah Sepohon Pokok Nyanyi Lagu Negara Ku @ZambryAbdKadir


Pakatan Rakyat Perak hari ini berkabung bawah sepohon pokok di Ipoh setelah genapnya tiga tahun pemerintahannya selepas tiga ahli dewan undangan negeri (DUN) berpaling tadah dengan keluar parti dan menyokong BN.

Perhimpunan ringkas di Medan Istana, tempat mereka mengadakan 'sidang DUN' pada 3 Mac 2009 menyaksikan kesemua anggota dewan memakai pakaian hitam dan bertafakur seketika. 

Selepas menyanyikan lagu Negaraku dan sebahagian mereka berucap, kumpulan itu melepaskan belon hitam ke langit yang menurut mereka melambangkan kebangkitan demokrasi. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...