Isnin, 13 Februari 2012

Tahniah DS Zambry Mahu Belia Perak Cebur Diri Dalam Perniagaan Francais @ZambryAbdKadir


Kerajaan negeri mengalakkan penyertaan golongan muda dalam perniagaan termasuk bidang francais kerana ia mampu memberi peluang ekonomi yang baik kepada segenap lapisan masyarakat. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberitahu sistem perniagaan fancais dilihat sebagai satu pendekatan yang sangat popular apabila masyarakat dapat memasarkan atau berniaga bersama-sama usahawan besar. 

“Kita sememangnya sedar akan pendekatan yang harus kita lakukan terutama di kalangan golongan muda. “Justeru, kerajaan negeri telah mewujudkan satu program dalam Bajet 2012 yang dipanggil Belia Niaga Aman Jaya. “Melalui program itu, kita menyarankan golongan muda yang berminat dalam bidang ini untuk menyertainya dan kita membantu dari segi bajet dengan menyediakan amaun RM 5,000 untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan,” katanya selepas merasmikan program terbabit di Manjung, Perak. 


Justeru katanya, dengan peluang yang dibuka melalui Siri Jelajah Francais 1Malaysia, ia dapat memberi ruang baru kepada golongan muda untuk menglibatkan diri dalam bidang perniagaan dan sekaligus membuat keuntungan. Dalam pada itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelaksananya, Datuk Sohaimi Shahadan, melalui sokongan daripada kerajaan negeri, sasaran untuk menggalakkan lagi penglibatan orang muda dalam bidang perniagaan itu akan dapat direalisasikan.  

Malah katanya, dengan adanya 7,ooo usahawan francais setakat ini, ia telah membantu melahirkan lebih 500 francaisor di seluruh negara dimana jumlah itu akan dapat dipertingkatkan lagi berikutan sistem berkenaan merupakan cara yang paling mudah dan kurang risiko untuk golongan belia menjana pendapatan dan keuntungan sendiri. “Kita mahu sistem francais dijadikan platform dalam bidang perniagaan bagi melonjakkan ekonomi masing-masing di mana usahawan dapat memulakan perniagaan tanpa bebanan aspek promosi, penjenamaan produk dan strategi pemasaran yang lengkap disediakan oleh francaisor,” katanya.

Justeru melalui Program Jelajah Francais 1 Malaysia yang diadakan di Manjung, Perak, golongan belia di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) diberi pendedahan mengenai kebaikan serta peluang yang bakal diperolehi melalui sistem perniagaan berkenaan. “Perak merupakan negeri kesembilan siri jelajah ini diadakan dimana telah melibatkan lebih 4,000 peserta secara keseluruhannya sepanjang ia diadakan.

“Oleh kerana program ini dianjurkan oleh Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno Malaysia maka kita harap golongan belia dapat merebut peluang yang diberikan ini. “Pelbagai aktiviti dalam program ini memberi manfaat dan pendedahan awal kepada bakal usahawan muda termasuklah taklimat khas berkaitan pembiayaan francais kepada peserta yang hadir,” katanya.

Selain itu katanya, sesi diskusi bersama francaisor yang telah berjaya turut diadakan bagi memberi idea serta pendedahan awal mengenai perniagaan melalui sistem francais dimana peserta boleh mendapatkan informasi yang lengkap mengenai jenis perniagaan yang ingin diceburi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...