Selasa, 21 Februari 2012

Cabaran PRU-13 Lebih Mencabar Dari Luar Biasa @ ZambryAbdKadir


Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan Pilihan raya Umum akan datang (PRU13) sebagai cabaran paling besar yang perlu ditempuhi dan akan menentukan nasib serta masa depan negara. 

Menurutnya, lebih penting PRU 13 bukan sekadar akan menentukan corak politik negara tetapi kuasa yang diperoleh adalah untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab terhadap mandat diberikan rakyat. “Cabaran yang perlu ditempuhi lebih dari biasa dan semua peringkat harus sedar situasi ini serta bertindak. 


“Semua tentang kuasa akan ditentukan oleh rakyat dan menjadi penentu untuk membawa Malaysia ke ambang lebih berjaya. “Kuasa bukan pengakhir tetapi yang lebih penting ialah untuk memikul amanah dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. 

“PRU 13 amat mencabar dan kita perlu berpegang kepada prinsip serta matlamat sebenar iaitu Bersatu, Bersedia dan berkhidmat,” katanya dalam ucapan perasmian sempena Konvensyen Umno Perak 2012, di Dewan Jubli Perak, di sini, semalam. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan pucuk pimpinan Umno negeri. 

Sementara itu, beliau berkata, pelbagai strategi direncanakan pembangkang termasuk ingin merampas pentadbiran di Putrajaya dan menyentuh isu-isu hak asasi manusia. “Kita sebagai rakyat tidak boleh memandang mudah perkara seperti hak asasi manusia yang ditimbulkan mereka (pembangkang). 

“Sikap itu sebenarnya tidak mengambil kira nilai-nilai agama, hak kaum atau Melayu dan sebagainya. “Begitu juga dengan isu Anwar yang menyokong Israel dan sekiranya dia menjadi Perdana Menteri sudah tentu Israel akan diberi pengiktirafan tanpa mengambil kira dasar selama ini. 

“Sehingga hari ini tiada penafian dilakukan Anwar berhubung kenyataannya itu dan begitu juga dengan Pas dengan isu hukum hudud tetapi sekarang apa yang dilakukan bertentangan dengan prinsip parti mereka,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...