Rabu, 7 Mac 2012

Sokongan Rakyat Kepada Perdana Menteri Semakin Jelas @NajibRazak


Sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin jelas kerana limpahan keberkesanan setiap dasar yang diperkenalkan benar-benar dapat dirasai mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. 

Anggota Parlimen Papar itu berkata saf kepimpinan dan anggota Barisan Nasional (BN) serta rakyat kini bergerak seiring dengan segala usaha yang dilaksanakan Najib. 

"Sememangnya setiap dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri menjurus kepada kemajuan rakyat jelata, dan sokongan mereka semakin jelas,” katanya. 


Beliau mengulas kenyataan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dalam satu temu bual bersama akhbar tempatan baru-baru ini yang menyatakan Najib dilihat sudah bersedia untuk membawa negara ke hadapan setelah diuji dengan pelbagai dugaan serta ranjau paling sukar. 

Daim yang memuji personaliti dan bakat politik Perdana Menteri, bagaimanapun turut membangkitkan persoalan sama ada BN sedia bergerak ke hadapan bersama Najib. 

Rosnah, yang juga Ketua Puteri Umno berkata, beliau yakin Umno dan semua parti komponen BN yang lain telah bersedia untuk bergerak ke hadapan bersama Najib. 

"Malah dalam banyak dasar yang diperkenalkan kerajaan, (parti-parti komponen) telah sama-sama bergerak dengan Perdana Menteri untuk memastikan Malaysia berada di landasan yang betul dalam soal pembangunan negara mahupun dalam mencorak hubungan kaum di negara ini

1 ulasan:

  1. Insyallah boleh dengan syarat semua pemimpin bergerak sama memajukan UMNO bukan jenis tikam belakang mcam mamak kadir kulim tu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...