Ahad, 5 Februari 2012

PRU-13 Mungkin Separuh Kedua 2012 Untuk Pastikan BN Menang Besar, Kata Sumber BN


Pilihan raya umum mungkin akan diadakan seawal separuh kedua tahun ini kerana Datuk Seri Najib Razak sedang mendapatkan kemenangan lebih besar dengan pegawai Barisan Nasional BN berkata perdana menteri percaya kemenangan tipis akan diperoleh sekiranya diadakan sekarang. Pengerusi BN mengetepikan kata-kata agar dibubarkan Parlimen awal minggu ini beberapa hari selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan agar mengambil masa untuk mendapatkan sokongan.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa suntikan dalam telah meletakkan BN akan mengulangi kemenangan dengan bilangan yang sama seperti pilihan raya umum 2008 jika pilihan raya diadakan tidak lama lagi BN memenangi 140 kerusi Parlimen hilang majoriti dua pertiga dan tewas di empat negeri.

“Datuk Seri Najib tidak akan mengambil risiko untuk mengadakan pilihan raya. Beliau boleh tunggu memandangkan ramai yang belum bersedia ” kata sumber BN kepada The Malaysian Insider menambah pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil sehingga April 2013. Sumber itu menambah pentadbiran Najib percaya terlalu berisiko untuk memanggil pilihan raya umum sekarang disebabkan isu Pusat Fidlot Nasiona NFC dan mengenai soal kenaikan gaji untuk 1 4 juta kakitangan perkhidmatan awam .


“Skandal NFC menjejaskan BN Perlu mencari jalan penyelesaian segera ” katanya Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menafikan mempunyai kaitan dalam projek itu walaupun keluargnya menerima pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek ternakan lembu. Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati projek itu tidak mencapai matlamat sehingga membawa kepada pendedahan penyelewengan oleh pembangkang Shahrizat mengambil cuti daripada jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat selama tiga minggu semasa pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM menyiasat skandal itu yang diberikan pada 2007.

Selain itu sebab lain pilihan raya umum tidak diadakan kerana kakitangan awam tidak setuju dengan skim gaji baru yang memberikan keutamaan kepada bahagian pengurusan. Kira-kira 2,000 kakitangan di bahagian pengurusan memperoleh sekurang-kurangnya RM5,000 peningkatan tetapi di bahagian lain mendapat kenaikan hanya RM1.70 tambahan bulanan Sumber berkata Najib terkejut apabila kenaikan berjumlah RM2.7 bilion dalam skim gaji baru tidak dapat memuaskan kakitangan awam.

Beliau kemudian mengumumkan pembentukan jawatankuasa khas yang akan membuat semakan gaji sehingga 16 April yang mana sumber BN berkata pilihan raya umum tidak akan diadakan sehingga kakitangan awam mendapat apa yang mereka mahukan. “BN perlukan sokongan kakitangan awam Ia tidak boleh membangkitkan kemarahan mereka ” tambah sumber itu Najib juga berharap dapat mempertahankan “peti deposit” di Sabah dan Sarawak selain bekerja keras mendapatkan semula Selangor yang kini dipimpin Pakatan Rakyat Parti perikatan itu juga turut menawan Pulau Pinang Kedah dan Kelantan.

“Ada sedikit harapan untuk mengambil semula Selangor dan mempertahankan Perak Tetapi BN perlu bekerja keras ” kata anggota strategi BN yang enggan dinamakan “Selain itu BN juga tidak mempunyai sesiapa untuk meletakkan calon sesuai untuk menjadi menteri besar Selangor ” tambahnya Najib merupakan Pengerusi Umno Selangor sementara timbalannya Datuk Seri Noh Omar.

Selain itu BN juga berhati-hati tentang peluangnya di Sarawak memandangkan ia tewas tujuh kerusi Parlimen DAP kini memperoleh dua daripada 31 kerusi Parlimen di negeri itu Anggota strategik BN bagaimanapun berkata gabungan pemerintah yakin memenangi kesemua tetapi dua kerusi di Sabar yang mempunyai 25 kerusi Parlimen “BN boleh menang besar jika semua isu besar diselesaikan Sekarang Parlimen akan bersidang pada Mac dan akan meminda beberapa transformasii pilihan raya “Sebaik sahaja diselesaikan mereka akan selesaikan skim gaji dan isu NFC ” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...