Selasa, 7 Februari 2012

Pemimpin Dan Anggota BN Haruslah Sentiasa Mendampingi Rakyat Bukan Semata Mata Untuk Pilihanraya


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan pemimpin dan ahli Umno serta parti komponen BN yang lain supaya tidak menganggap kekerapan Perdana Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang sebagai membawa mesej pilihan raya semata-mata. 

Sebaliknya, katanya, ia memberi mesej kepada semua pemimpin dan anggota parti komponen BN supaya meningkatkan usaha membela dan berbakti kepada rakyat akar umbi. 


Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata pemimpin dan anggota BN perlu sentiasa mendampingi rakyat dan mengatasi masalah mereka dan tidak menunggu sehingga pilihan raya umum diumumkan. 

"Ini merupakan agenda yang amat penting demi kelangsungan kita selaku parti pemerintah di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menutup Program Jati Diri Dalam Warisan dan Kepimpinan Masyarakat Progresif, di Semporna, semalam. 

Beliau turut meminta jentera pilihan raya dalam semua parti komponen BN supaya meningkatkan usaha gerak kerja mereka dan mengelak daripada mengundang sebarang permasalahan sesama mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...