Selasa, 7 Februari 2012

Jelas lah Pakatan Rakyat Akan Menghapuskan Kuasa Raja Raja Melayu Dan Menghapuskan Hak Keistimewaan Orang Orang Melayu


Pakatan Rakyat Akan Menghapuskan Kuasa Raja Raja Melayu Dan Menghapuskan Hak Keistimewaan Orang Orang Melayu Dan Ingin Merampas Putrajaya

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, beliau terpaksa berjuang dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mempertahankan akidah umat Islam apabila Pas tidak mahu memperjuangkan isu tersebut. 

Katanya, parti itu yang sebelum ini menjadikan Islam agenda utamanya sejak 50 tahun lalu, kini lebih berminat untuk menduduki Putrajaya daripada berjuang menegakkan hukum Islam. Jelasnya, Pas sanggup bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP walaupun DAP secara jelas menentang penubuhan negara Islam yang berlandaskan prinsip undang-undang Islam. 


"Pas sudah jauh terpesong hingga menjadi parti 'pak turut' kepada DAP dan PKR serta tidak berani berbuat-apa apa sedangkan DAP melakukan pelbagai perkara bertentangan dengan perjuangan Pas. ''Sehubungan itu, saya menyeru umat Islam supaya menyokong perjuangan JATI yang akan ditubuhkan pada 21 Februari ini tanpa mengira fahaman politik.

Saya mengalu-alukan mereka yang ingin menyertai JATI walaupun mereka ahli UMNO, Pas, PKR mahupun orang Islam yang berada dalam DAP. ''Perjuangan JATI bukan berasaskan politik tetapi berjuang semata-mata atas nama Islam," katanya ketika berucap pada Majlis Bicara Ummah di Dewan Tun Razak, di sini hari ini.

Menurut Hasan, cita-cita pakatan pembangkang adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik dan menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu jika menang Pilihan Raya Umum Ke-13, tidak akan menjadi kenyataan. 

Jelasnya, niat mereka untuk mengubah Perlembagaan negara tidak semudah disangka kerana perlu mendapat persetujuan Raja-Raja Melayu terlebih dahulu untuk menghapuskan kuasa Raja dan keistimewaan orang Melayu. Katanya, Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu jelas termaktub hak keistimewaan orang Melayu dan raja-raja tidak boleh diusik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...