Memaparkan catatan dengan label Tengku Adnan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tengku Adnan. Papar semua catatan

Rabu, 29 Februari 2012

Pakatan Pembangkang Diminta Jangan Asyik Tuduh Umno, BN Kata Tengku Adnan @TengkuAdnanReal


Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Selasa membidas pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS yang seringkali menuduh Barisan Nasional (BN) dan Umno atas masalah atau kesulitan yang dihadapi oleh mereka. 

Beliau berkata, BN dan Umno merupakan pertubuhan politik yang berlandaskanprinsip perjuangan yang betul dan tidak melakukan pelbagai perkara yang dituduholeh pakatan pembangkang.

"Ini memang sengaja diada-adakan untuk menunjukkan kononnya BN dan Umno adalah pertubuhan yang tidak baik," katanya secara ringkas kepada Bernama ketika dihubungi. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kononnya Umno dan Perkasa bertanggungjawab terhadap kekacauan yang berlaku semasa Perhimpunan Hijau 2.0 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang Ahad lepas. 

"Mereka ini tak habis-habis nak salahkan kita. Kekecohan ketika ceramah (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) di Sembrong pun dia tuduh kita. Orang kena tangkap khalwat pun salahkan kita. Semuanya nak salahkan kita. Apa kena mengena semua itu dengan kita?," katanya.

Rabu, 22 Februari 2012

Ramai Yang Sokong Anwar Perlu Berdebat Dengan Saiful Bukan Najid Kata Tengku Adnan @TengkuAdnanReal


Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak cadangan agar diadakan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak ada apa yang perlu untuk didebatkan. 

Sebaliknya, Tengku Adnan menawarkan diri untuk mengaturkan satu debat dengan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Malam tadi, Anwar mengajak Najib agar berdebat dengan beliau berhubung isu Palestin. Malah semalam, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail telah meminta Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), untuk merintis jalan bagi mengadakan perbahasan antara Perdana Menteri dengan Anwar. 

Jumaat, 17 Februari 2012

Perdana Menteri Telah Meletakkan Indeks Prestasi Utama (KPI) Bagi Setiap Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Di Seluruh Negeri


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meletakkan Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi setiap Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) di seluruh negeri. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua Pengerusi Badan Perhubungan dan pimpinan BN peringkat negeri dipertanggungjawabkan untuk mencapai sasaran KPI yang ditetapkan. 

“Harapan kita bila ada KPI, pimpinan negeri dan bahagian akan beri tumpuan untuk capai KPI yang ditetapkan atau capai lebih baik daripada itu. KPI ini kita letakkan sebagai asas untuk Badan Perhubungan BN di setiap negeri mencapai sasaran yang telah ditetapkan,” katanya. 

Selasa, 7 Februari 2012

Pembangkang Wujud Unit Pecah Belah Rakyat - @TengkuAdnanReal


PUTRAJAYA 6 Feb. - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendakwa pakatan pembangkang mewujudkan unit khas untuk memecah belahkan masyarakat di sesebuah kawasan sebagai satu usaha menjatuhkan kerajaan. 

Tengku Adnan berkata, mereka yang terlibat dengan unit khas yang dipercayai sebagai unit tindakan daerah itu akan diasuh oleh pihak tertentu untuk berbuat demikian.

"Mereka akan cuba meracuni fikiran masyarakat di sesebuah kawasan dengan pergi ke surau, dewan badminton, gelanggang futsal dan macam-macam tempat lagi. "Apa yang menyedihkan ada orang UMNO sendiri yang mengiakan apa mereka cakap, kegiatan seperti ini ada juga berlaku di Putrajaya dan kita sedang mengawasinya," kataya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...