Khamis, 9 Februari 2012

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin Berkata Pemuda BN Sedia Hadapi PRU-13 Bila-Bila Masa


Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa sahaja walaupun dalam tempoh terdekat. 

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, jentera-jentera di semua peringkat sudah lama bergerak bagi memastikan kemenangan BN yang lebih besar pada PRU akan datang. 

Tambah beliau, persediaan sayap Pemuda UMNO sendiri sudah berada di peringkat akhir dan hanya perlu sedikit penambahbaikan supaya segala tugas yang diberikan dapat dijalankan dengan licin dan lebih tersusun. 

“Bagaimanapun, saya ingin menyeru kepada semua agar tidak terlalu obses dengan tarikh pilihan raya kerana ia boleh mengganggu fokus untuk bekerja dengan lebih kuat. “Apa yang penting ialah semua perlu berusaha dalam usaha memastikan kejayaan BN yang lebih cemerlang dalam PRU-13 nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn memberitahu, bulan Mei adalah masa yang sesuai untuk kerajaan mengadakan PRU-13 supaya ia tidak mengganggu perjalanan pentadbiran negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...