Memaparkan catatan dengan label Menteri Besar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menteri Besar. Papar semua catatan

Selasa, 21 Februari 2012

Nik Aziz Terima Bulat Bulat Jawapan Anwar Ibrahim


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan semula pendirian parti itu tidak akan sekali-kali mengiktiraf walaupun "seinci hak" Yahudi terhadap bumi Palestin. 

"Saya ingin mengulangi pendirian saya dan Majlis Syura serta pendirian Pas khususnya bahawa tidak sekali-kali mengiktiraf walaupun seinci pun hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas pada hari ini. 

"Berbeza atau tidak dengan sesiapa, Pas tetap dengan pendirian ini," kata Nik Abdul Aziz dalam mesej yang dipaparkan dalam laman sosial Facebook beliau petang ini, lebih lima jam selepas menerima kunjungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. 

Sabtu, 18 Februari 2012

Kalau Pembangkang Perak Tengok Nii Tentu PR Perak Gigit Jari Dalam PRU-13 @ZambryAbdKadir


Menteri Besar Perak Yang Berjiwa Rakyat


Menteri Besar Perak Bersama Ulama - Ulama Perak




Menteri Besar Perak DS Dr Zambry Makan Bersama Ulama Ulama Perak

DS Dr Zambry Yang Berjiwa Rakyat Belum Pernah Ada Pemimpin Yang Akan Lakukan Sebegini Rupa @ZambryAbdKadir


Dalam tempoh beberapa bulan lalu Najib sudah melakukan dua kali lawatan politik ke Perak. Esok 18 Februari, Najib sekali lagi melakukan lawatan ke Perak. Kekerapan beliau melawat Perak adalah menandakan pilihanraya umum sudah semakin hampir dan juga untuk memastikan BN dapat terus berkuasa di negeri "Kejor Yob Kejor" itu. 

Dalam pilihanraya 2008, BN Perak yang ketika itu dipimpin oeh Tajol Rosli telah tumbang di Perak. Bagamaimanapun dengan tiga orang ADUN Pakatan Rakyat melompat parti kemudiannya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang ketika itu dipimpin oleh Nizar Jamaluddin akhirnya tumbang. Dr Zambry kemudian mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri Perak. 

Berdasarkan senario itu, politik Perak memang panas. BN yang memperolehi kuasa melalui "pintu belakang" dan "kuasa mahkamah", kali ini mahu membuktikan bahawa rakyat Perak akan terus menyokong mereka. Bagi PR pula, yang merasakan kuasa pemerintahan mereka telah "dirompak" secara tidak sah, turut mahu membuktikan gabungan Pas, DAP dan PKR benar-benar diterima rakyat Perak dalam pilihanraya kali ini. 

Rabu, 8 Februari 2012

Nik Aziz Diminta Kembali Ke Pangkal Jalan Kerana Sudah Terpasong Jauh


Ulama Pas perlu mentarbiah Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya kembali ke pangkal jalan dan berhenti daripada bersikap hipokrit semata-mata untuk menjaga kepentingan politiknya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keengganan Nik Abdul Aziz menyatakan pendirian berhubung sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan sebuah negara Israel baru-baru ini membuktikan beliau seorang pemimpin yang tidak berpendirian. "Dia sepatutnya berkata sesuatu yang lebih tegas bukannya berdiam diri atau sekadar meminta penjelasan Anwar yang sebenarnya hanya satu helah.

Jumaat, 3 Februari 2012

4,000 Keluarga Dapat Pampasan Di Pengerang Kata Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman


PENGERANG: Setiap keluarga daripada 10 perkampungan yang dipindahkan kerana terbabit dalam pembangunan Projek Petroleum dan Gas Pengerang di sini, akan menerima wang tunai bagi keluasan tanah masing-masing yang diambil, selain sebuah rumah dengan tanah seluas 0.8 hektar sebagai pampasan. 

Fasa pertama pemindahan membabitkan 570 keluarga Kampung Sungai Kapal, Teluk Empang dan Langkah Baik bagi memberi laluan kepada projek mega bernilai RM60 bilion terbabit disasarkan bermula Oktober 2013 Penduduk tujuh kampung yang akan dipindahkan dalam fasa kedua membabitkan Sungai Buntu, Jawa, Lepau, Bukit Buluh, Batu Mas, Sebong dan Penyerang. 

Secara keseluruhannya, ia dijangka membabitkan kira-kira 4,000 daripada 1,268 keluarga. Semua penduduk kampung terjejas dirancang untuk dipindahkan ke penempatan baru yang akan dibangunkan atas tanah seluas 474.8 hektar di Teluk Ramunia dengan pilihan mengekalkan nama asal kampung masing-masing di lokasi baru itu. 

Khamis, 2 Februari 2012

Lebih 140,000 Layak Mengundi Masih Belum Berdaftar


Di Negeri Sembilan setakat 31 Disember 2011 terdapat seramai lebih 140,000 orang yang berumur lebih 21 tahun yang layak mengundi tapi tidak mendaftar sebagai pengundi dan 90 peratus daripadanya ialah orang Melayu. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) berkata, apa yang disebut oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa orang Melayu dikesan paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi daripada keseluruhan 3.7 juta orang rakyat yang layak berbuat demikian, tidak memeranjatkan beliau kerana di Negeri Sembilan sendiri mempunyai masalah yang sama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...