Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan semula pendirian parti itu tidak akan sekali-kali mengiktiraf walaupun "seinci hak" Yahudi terhadap bumi Palestin.
"Saya ingin mengulangi pendirian saya dan Majlis Syura serta pendirian Pas khususnya bahawa tidak sekali-kali mengiktiraf walaupun seinci pun hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas pada hari ini.
"Berbeza atau tidak dengan sesiapa, Pas tetap dengan pendirian ini," kata Nik Abdul Aziz dalam mesej yang dipaparkan dalam laman sosial Facebook beliau petang ini, lebih lima jam selepas menerima kunjungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.







