Sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin jelas kerana limpahan keberkesanan setiap dasar yang diperkenalkan benar-benar dapat dirasai mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Anggota Parlimen Papar itu berkata saf kepimpinan dan anggota Barisan Nasional (BN) serta rakyat kini bergerak seiring dengan segala usaha yang dilaksanakan Najib.
"Sememangnya setiap dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri menjurus kepada kemajuan rakyat jelata, dan sokongan mereka semakin jelas,” katanya.



















