Memaparkan catatan dengan label TPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TPM. Papar semua catatan

Selasa, 21 Februari 2012

Cabaran PRU-13 Lebih Mencabar Dari Luar Biasa @ ZambryAbdKadir


Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan Pilihan raya Umum akan datang (PRU13) sebagai cabaran paling besar yang perlu ditempuhi dan akan menentukan nasib serta masa depan negara. 

Menurutnya, lebih penting PRU 13 bukan sekadar akan menentukan corak politik negara tetapi kuasa yang diperoleh adalah untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab terhadap mandat diberikan rakyat. “Cabaran yang perlu ditempuhi lebih dari biasa dan semua peringkat harus sedar situasi ini serta bertindak. 

Isnin, 20 Februari 2012

Barisan Nasional (BN) Mampu Mencapai Kejayaan Lebih Besar Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)


Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kejayaan lebih besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan gelombang kesedaran baru di kalangan rakyat yang kembali menyokongnya. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, gelombang kesedaran baru itu berdasarkan maklumat dan reaksi masyarakat secara keseluruhan di seluruh negara, khususnya terhadap pelbagai program transformasi dilakukan kerajaan dan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Katanya, banyak program transformasi yang digerakkan sejak PRU-12 menyentuh perasaan rakyat dan mereka turut menghargai pembangunan ekonomi yang dibawa BN, di mana ia mendapat pujian banyak pihak, termasuk Bank Dunia dan IMF (Tabung Mata Wang Antarabangsa). 

BN Bukan Seperti Parti Pembangkang Yang Hanya Untuk Mendapat Kuasa Politik Bagi Menawan Putrajaya.


Perjuangan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya umum akan datang bukan hanya untuk mendapatkan kuasa politik sebaliknya menunaikan amanah untuk rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, apa yang penting dalam BN adalah untuk memastikan pembangunan secara berterusan dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat. 

"Bila pilihan raya kita perlukan kuasa politik, tetapi kuasa politik itu bukan pengakhiran, apa yang penting untuk kita adalah untuk membangunkan negara dengan lebih berkesan," katanya ketika berucap menutup Konvensyen UMNO Perak 2012 di sini hari ini.

Jumaat, 17 Februari 2012

Perdana Menteri Telah Meletakkan Indeks Prestasi Utama (KPI) Bagi Setiap Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Di Seluruh Negeri


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meletakkan Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi setiap Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) di seluruh negeri. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua Pengerusi Badan Perhubungan dan pimpinan BN peringkat negeri dipertanggungjawabkan untuk mencapai sasaran KPI yang ditetapkan. 

“Harapan kita bila ada KPI, pimpinan negeri dan bahagian akan beri tumpuan untuk capai KPI yang ditetapkan atau capai lebih baik daripada itu. KPI ini kita letakkan sebagai asas untuk Badan Perhubungan BN di setiap negeri mencapai sasaran yang telah ditetapkan,” katanya. 

Isnin, 13 Februari 2012

Tan Sri Muhyiddin Yassin Berkata Kakitangan Awam Haruslah Memikul Tanggungjawab Mempertahankan Kebenaran Berasaskan Fakta


Penjawat awam termasuk warga pendidik di negara ini tidak wajar bersikap apologetik dalam menangkis tohmahan pembangkang yang sedaya upaya mahu menidakkan segala sumbangan besar kerajaan membangunkan negara selama ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun tiada polisi menuntut penjawat awam berpolitik, warga pendidik wajar memikul tanggungjawab mempertahankan kebenaran berasaskan fakta bagi menjelaskan segala dakyah yang dilemparkan.

"Sebab itu kita lihat peranan guru yang berpengaruh membantu kerajaan menjelaskan perkara yang haq (benar) dan kita tidak harus bersikap apologetik tentang apa yang kerajaan Barisan Nasional (BN) lakukan. "Walaupun kita penjawat awam, kita perlu ada rasa tanggungjawab, kalau ada yang diperkatakan pembangkang itu salah maka kita sama-sama jelaskan. Jika kita tidak mempertahankan yang benar maka bagi saya itu adalah satu kegagalan," katanya. 

Ahad, 12 Februari 2012

Kerajaan Umum Peruntukan RM57.5j Untuk Perak @ ZambryAbdKadir


Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat lawatan sehari ke Perak hari ini mengumumkan beberapa peruntukan yang kesemuanya berjumlah RM57.5 juta demi faedah rakyat di negeri ini. 

Pada majlis bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia di sini, Muhyiddin mengumumkan kelulusan sebanyak RM30.846 juta dengan sebahagian besarnya untuk pembangunan pendidikan dan infrastruktur. 

Sebanyak RM27 juta diperuntukkan untuk pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Bahagia di sini manakala RM800,000 pula bagi membina Sekolah Agama Rakyat (SAR) Pangkor. Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk menaiktaraf Jalan Sungai Manik-Changkat Jong manakala RM400,000 lagi bagi membina jeti nelayan yang baru di sini. 

Jumaat, 3 Februari 2012

TPM Minta Rakyat Kelantan Tidak Lagi Terus Ditipu Oleh Pas


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kelantan tidak lagi membiarkan mereka terus ditipu kerajaan negeri pimpinan Pas, sebaliknya memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk membela nasib mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini. 

Muhyiddin berkata, janji-janji Pas pada rakyat Kelantan sejak 1990 iaitu selepas parti itu menawan negeri ini ternyata satu pembohongan dan kerana itu. Pas perlu ditolak pada pilihan raya umum (PRU) nanti. 

Selasa, 31 Januari 2012

Siapakah "kuasa Tiga" Ini Yang Boleh Jadi Penentu Dalam PRU-13 Nanti


'Kuasa ketiga' boleh menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya umum (PRU) akan datang namun ia tidak akan menjejaskan keyakinan dan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN). 

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengakui apa yang dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai ancaman 'kuasa ketiga' itu adalah benar dan ia perlu diberi perhatian.

Ahad, 29 Januari 2012

TPM: Panel Disiplin Umno Halusi 'Makna Sabotaj'


Jawatankuasa Disiplin Umno menimbang kemungkinan menambah bilangan anggotanya bagi membolehkan ia menubuhkan lebih banyak pasukan pemantau untuk menangani masalah disiplin, termasuk tindakan anggota mensabotaj parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Lembaga Disiplin Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengenai perkara itu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...