Memaparkan catatan dengan label SBPA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SBPA. Papar semua catatan

Rabu, 7 Mac 2012

SBPA KENA KEKAL NAMA JAWATAN


CUEPACS mahu semua nama jawatan dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) dikekalkan dan tidak ditukar dengan gelaran baru seperti terkandung dalam Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). 

Mengikut SBPA, beberapa nama jawatan ditukarkan seperti Pemandu kepada Pembantu Operasi, Penyelia Asrama ditukar kepada Pembantu Tadbir, Penolong Pengurus Asrama (Penolong Pegawai Tadbir), Pengurus Kolej Universiti (Pegawai Tadbir), Pembantu Penerbit (Pembantu Penerangan) dan Pegawai Penerbit menjadi Pegawai Penerangan.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya menentang cadangan itu kerana bukan saja bertentangan dengan aspek tugas mereka, tetapi gred bagi jawatan berkenaan juga didapati tidak berkembang. 

“Bantahan dibuat selepas kita buat tinjauan di seluruh negara, perbincangan dengan Jawatankuasa Bertindak CUEPACS. Selepas dapat maklum balas baru-baru ini, kita tidak bersetuju penukaran gelaran jawatan dalam SBPA,” katanya

Jumaat, 2 Mac 2012

Benarkah Sistem Baru Perkhidmatan Awam(SBPA) Di Hapuskan

SISTEM BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) DIHAPUSKAN




Ramai kakitangan awam yang ingin tahu benarkah SBPA ini di hapuskan , desas desus yang mengatakan SBPA ini akan di hapuskan dan semua kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji seperti biasa di atas ketidakpuasan hati di kalangan kakitangan awam itu sendiri.

Dan ada juga yang mengatakan kakitangan awam akan menerima kenaikan yang lebih memberansangkan dan akan menerima kenaikan yang lebih baik daripada SBPA. Ramai di kalangan kakitangan awam tidak tahu bahawasanya di Golongan Pegawai Premium telah menerima gaji SBPA dari bulan Januari yang lalu , benarkah semua ini terjadi kenapa Kementerian Kewangan tidak selaraskan gaji Kumpulan Sokongan dengan Kumpulan Premium itu sendiri, semua itu menjadi tanda tanya kepada semua kakitangan awam yang lain?.

Kakitangan Awam Berharap Perdana Menteri Akan Umumkan Skim Baru Penjawat Awam (SPBA) Pada 19 Mac



Perdana Men­teri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan akan hadir ke Perhimpunan Khas Penjawat Awam yang dianjurkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 19 Mac ini. 

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, Najib dijangka mem­buat pengumuman penting kepada selu­ruh penjawat awam mengenai keputusan tuntutan lima perkara dibawa kongres itu berhubung isu Skim Baru Penjawat Awam (SPBA). 

Isnin, 27 Februari 2012

Pengumuman Pada 13 Mac Akan Mengembirakan Kakitangan Awam


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan satu keputusan yang adil dan saksama untuk semua penjawat awam dalam tempoh terdekat. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, keputusan tersebut melibatkan keseluruhan penjawat awam serta soal soal pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). 

''Kita tunggu (sama ada ia menggembirakan atau tidak). Kita belum tahu keputusan itu tetapi telah diberi gambaran dan kita rasa ia merupakan gambaran yang jelas dan baik. ''Tidak kira apa jua pengumuman itu, kita menghormati keputusan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan selama 45 minit dengan Najib di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. 

Pertemuan Kakitangan Awam Dengan Perdana Menteri Pada 12 Mac Adalah Amat Bermakna


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). 

Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini. 

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. "Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam," katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu. 

Isnin, 20 Februari 2012

SBPA Beri Perhatian Petugas Lama Dalam Perlaksanaan Gred-17


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan dapat memberi perhatian kepada kumpulan pekerja lama dalam kumpulan pelaksana Gred-17 skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). 

Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata, pihaknya menyarankan kumpulan itu dinaikkan ke satu gred yang lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada petugas-petugas berkenaan. 

Beliau berkata, perkara ini perlu dikaji supaya kedudukan mereka yang berkhidmat lama dengan kerajaan diambil kira dan mengiktiraf apa-apa sijil kemahiran dan teknikal untuk tujuan kenaikan pangkat sehingga ke Gred-21.

Rabu, 15 Februari 2012

Cuepacs Yakin Isu SBPA Selesai Awal


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin segala masalah berbangkit berhubung Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dapat diselesaikan lebih awal iaitu sebelum tempoh ditetapkan untuk pasukan khas itu membuat semakan yang berakhir 16 April ini. 

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata selepas bermesyuarat sebanyak tiga kali, pihaknya mendapati anggota jawatankuasa pasukan khas itu juga semakin terbuka dalam mendengar pandangan dan maklum balas daripada Cuepacs. "Dalam perbincangan hari ini, suasana tenang sedikit selepas dua mesyuarat petugas khas berjalan. Kita berbincang dengan baik dan dalam perbincangan, kita harap SBPA dapat diselesaikan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat ketiga pasukan petugas khas itu di sini, Selasa. 

Selasa, 14 Februari 2012

Benarlah Cadangan SPBA yang Baru Ini Menyaksikan Gaji Ketua Setiausaha Negara (KSN) Mencecah RM 60,000


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu berkata kakitangan kerajaan harus menyerahkan perkara itu kepada kerajaan kerana pendapatan mereka akan meningkat di bawah SBPA dengan panel penyemak yang diketuai oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Ismail Adam.

Panel terbabit yang turut disertai Ceupacs pelindung kepada kakitangan awam mempunyai tempoh sehingga 16 April untuk menyelesaikan semakan mereka.

Putrajaya Hadapi Pilihan Sukar Dengan Rombakan Bayaran Kepada Kakitangan Kerajaan


Pentadbiran Najib sedang menghadapi tekanan apabila cuba untuk meredakan skim pembayaran kontroversi yang akan menguntungkan kakitangan kerajaan peringkat atasan tapi majoriti 1 4 juta kakitangan bawahan hanya menerima kadar kenaikan yang sedikit yang akan memberikan kesan buruk terhadap parti pemerintahan.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Putrajaya mahu menyelesaikan pemulihan skim berkenaan yang dilihat hanya akan memberikan faedah kepada pegawai kanan kakitangan awam yang dianggarkan seramai 2 000 daripada mereka sudah menandatangani perjanjian skim baru berkenaan yang akan menjamin peningkatan pendapatan sehingga RM5 000 sebulan.

Isnin, 13 Februari 2012

Gaji Tentera Naik 2012 Daripada RM800 Kepada RM1,125 Sebulan & RM2,100 Kepada RM2,400 Sebulan


Gaji Tentera Naik 2012 Daripada RM800 Kepada RM1,125 Sebulan & RM2,100 Kepada RM2,400 Sebulan | Skim kenaikan gaji tentera 2012 yang baru sahaja diumumkan ini tiada kena mengena dengan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kerana skim ini sebenarnya sudah pun dirancang lebih awal lagi.  

Butiran Skim Gaji Baru Angkatan Tentera Malaysia 2012 Berikutan pelaksanaan skim gaji baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) : 

Jumaat, 10 Februari 2012

Gaji Baru Cadangan Cuepacs Apa Komen Anda


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan membentangkan hasil kajian penambahbaikan bagi Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada mesyuarat kali ketiga bersama pasukan khas semakan semula skim tersebut 22 Februari ini. 

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, bagi memastikan tiada masalah berbangkit, Jawatankuasa Bertindak CUEPACS akan bermesyuarat selewat-lewatnya 15 Februari ini supaya hasil kajian yang dibentangkan kelak menepati tuntutan yang dibuat. 

Bukan Sekadar MTUC Kecewa Kakitangan Awam Pun Turut Kecewa Ekoran Penangguhan Gaji SBPA Yang Baru


Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kecewa apabila Ke­men­terian Sumber Manusia ma­sih bermain ‘tarik tali’ menge­nai perlaksanaan gaji minimum RM900 untuk pekerja swasta.  

Presidennya, Mohd Khalid Atan berkata, sehingga kini isu masih tertangguh kerana be­lum ada kata putus daripada ke­ra­­ja­an me­ngenai pe­­­la­k­­­sanaannya. 

“Isu ini telah lama dikemukakan pihaknya kepada kerajaan dan perhatian mula diberikan pada awal tahun lalu apabila pintu rundingan dibuka untuk MTUC, bersama dengan Per­sekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca).

Khamis, 9 Februari 2012

Cuepacs Bentang Kertas Cadangan SBPA 22 Februari Ini


Kakitangan Awam Tidak Sabar MendengarBerita Gembira Tentang Semakan Terbaru SBPA

Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dijadual membentangkan kertas cadangannya kepada pasukan petugas khas semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada mesyuarat ketiga pasukan itu yang dijadualkan 22 Feb ini.  


Presidennya Datuk Omar Osman berkata kertas cadangan komprehensif itu yang disediakan Jawatankuasa Bertindak SBPA yang diwujudkan khas oleh Cuepacs, dijangka siap sepenuhnya sebelum tarikh mesyuarat berkenaan. 

1.2 Juta Kakitangan Awam Bawahan Mengeluh Tindakan Pegawai Atasan


Komen 1 
Kump. Premier/Tertinggi - Kenaikan Gaji 100% 
Kump. Pelaksana - Kenaikan Gaji 10%

Kump. Premier/Tertinggi - kereta disediakan, parking free 
Kump. Pelaksana - kereta beli sendiri, parking bayar hari2 

Kump. Premier/Tertinggi - 5 tahun skali leh claim rm82k cash ganti tiket flight 
Kump. Pelaksana - nak beli tiket airasia pun semput 

Ahad, 5 Februari 2012

Persatuan Guru Mahu Kemuka Cadangan Tambah Baik SBPA


Majlis Permuafakatan Kesatuan Persatuan Guru (MPKPG) akan mengemukakan cadangan penambahbaikan kepada kerajaan untuk proses semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). 

Sehubungan itu pengerusinya Jemale Paiman berkata pihaknya akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk merangka dan meneliti skim itu khususnya kepada penjawat awam dalam bidang pendidikan. "Kita memberi jaminan kepada kerajaan untuk kita menyiapkan satu cadangan skala gaji baru kepada penjawat awam dalam bidang pendidikan iaitu dalam tempoh lapan hari bermula hari ini.

PRU-13 Mungkin Separuh Kedua 2012 Untuk Pastikan BN Menang Besar, Kata Sumber BN


Pilihan raya umum mungkin akan diadakan seawal separuh kedua tahun ini kerana Datuk Seri Najib Razak sedang mendapatkan kemenangan lebih besar dengan pegawai Barisan Nasional BN berkata perdana menteri percaya kemenangan tipis akan diperoleh sekiranya diadakan sekarang. Pengerusi BN mengetepikan kata-kata agar dibubarkan Parlimen awal minggu ini beberapa hari selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan agar mengambil masa untuk mendapatkan sokongan.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa suntikan dalam telah meletakkan BN akan mengulangi kemenangan dengan bilangan yang sama seperti pilihan raya umum 2008 jika pilihan raya diadakan tidak lama lagi BN memenangi 140 kerusi Parlimen hilang majoriti dua pertiga dan tewas di empat negeri.

“Datuk Seri Najib tidak akan mengambil risiko untuk mengadakan pilihan raya. Beliau boleh tunggu memandangkan ramai yang belum bersedia ” kata sumber BN kepada The Malaysian Insider menambah pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil sehingga April 2013. Sumber itu menambah pentadbiran Najib percaya terlalu berisiko untuk memanggil pilihan raya umum sekarang disebabkan isu Pusat Fidlot Nasiona NFC dan mengenai soal kenaikan gaji untuk 1 4 juta kakitangan perkhidmatan awam .

Jumaat, 3 Februari 2012

Bila La Kes SBPA Ini Hendak Selesai CUEPACS Gesa Mesyuarat Semakan SBPA Lebih Kerap


CUEPACS menggesa pasukan petugas khas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang ditubuhkan bulan lalu supaya mengadakan mesyuaratnya lebih kerap bagi mempercepatkan proses penambahbaikan skim itu. 

Presidennya, Datuk Omar Osman mencadangkan pasukan petugas itu bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali sebulan dan bukannya sebulan sekali seperti sekarang, supaya keseluruhan semakan dapat dilakukan dalam tempoh kurang dua bulan, walaupun kerajaan menetapkan tiga bulan. 

Selasa, 31 Januari 2012

1.2 Juta Kakitangan Kerajaan Berharap Dengan Cuepacs Tentang Semakan SBPA Dan CUEPACS tetap enggan sertai panel semak SBPA


“Tiga pemimpin kanan CUEPACS itu dapat membantu Omar dalam mesyuarat selain secara bersama-sama dapat membuat keputusan mewakili bagi pihak 1.2 juta kakitangan awam,”

CUEPACS tetap dengan pendiriannya tidak menyertai pasukan petugas khas semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), sekiranya tiga lagi pemimpin kanannya tidak dibenarkan untuk menganggotai pasukan itu. 

Presidennya, Datuk Omar Osman, menegaskan tindakan CUEPACS tidak sepatutnya dilihat sebagai mengugut, sebaliknya menunjukkan pihaknya amat serius untuk memberi input dalam membincangkan penambahbaikan SBPA. “Saya akan hadir mesyuarat kedua yang dijadual 8 Februari ini, sekiranya tiga pemimpin CUEPACS tidak dibenarkan masuk, maka saya akan keluar daripada mesyuarat itu.

Sabtu, 28 Januari 2012

Najib Memberi Jaminan Sepenuhnya Dan Memastikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) Memberi Kepuasan Kepada Seluruh Penjawat Awam



Umno akan menimbang kemungkinan menggerakkan Jawatankuasa Disiplin parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan bagi memantau dan mengambil tindakan lebih awal terhadap mana-mana ahli yang didapati melakukan perbuatan khianat atau curang terhadap parti. 

Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini merupakan kali pertama Umno melaksanakan langkah tersebut kerana sebelum ini Jawatankuasa Disiplin hanya digerakkan selepas pilihan raya berakhir. "Ada cadangan jawatankuasa ini digerakkan lebih awal agar ia boleh memerhati dan mengambil tindakan awal jika ada jentera parti yang melanggar peraturan dan etika. 

Cuepacs Sedia Tarik Diri Dari Perbincangan SBPA Disebabkan Tiga Pegawai Beliau Tidak Dibenarkan Menyertai Mesyuarat


Cuepacs Lantang Bersuara Pasal Isu SBPA


Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan menarik diri daripada menganggotai pasukan petugas yang dibentuk untuk menyemak semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) jika kerajaan tidak menambah wakil badan induk kakitangan awam itu. 

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya mahu agar tiga lagi pegawai tertinggi Cuepacs dibenarkan menyertainya pada mesyuarat pasukan petugas khas SBPA. "Sekiranya tiga pegawai saya tidak dibenarkan untuk turut serta dalam mesyuarat itu saya akan tarik diri dari pasukan itu, kerana ia tidak adil bagi saya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...