Memaparkan catatan dengan label Najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Najib. Papar semua catatan

Isnin, 27 Februari 2012

Pengumuman Pada 13 Mac Akan Mengembirakan Kakitangan Awam


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan satu keputusan yang adil dan saksama untuk semua penjawat awam dalam tempoh terdekat. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, keputusan tersebut melibatkan keseluruhan penjawat awam serta soal soal pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). 

''Kita tunggu (sama ada ia menggembirakan atau tidak). Kita belum tahu keputusan itu tetapi telah diberi gambaran dan kita rasa ia merupakan gambaran yang jelas dan baik. ''Tidak kira apa jua pengumuman itu, kita menghormati keputusan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan selama 45 minit dengan Najib di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. 

Pertemuan Kakitangan Awam Dengan Perdana Menteri Pada 12 Mac Adalah Amat Bermakna


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). 

Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini. 

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. "Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam," katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu. 

Rabu, 15 Februari 2012

Jabatan Kerajaan Perlu Turun Padang Selesai Masalah Rakyat


Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua jabatan kerajaan lebih kerap turun padang menyelesaikan masalah rakyat. Perdana Menteri berkata, kesungguhan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta beberapa agensi lain menjayakan kempen MyDaftar membabitkan komuniti India wajar dicontohi jabatan kerajaan lain. 

Di dalam kempen tersebut, kata Perdana Menteri, para petugas bukan setakat menguruskan permohonan bagi mendapatkan pengenalan diri di kaunter pejabat tetapi mereka turut menemui rakyat yang menghadapi masalah serupa di kediaman masing-masing. Hasilnya, beliau berkata, masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri yang membelenggu segelintir penduduk India negara ini atas beberapa faktor berjaya diselesaikan dengan segera. 

Selasa, 7 Februari 2012

Perdana Menteri Peruntukan RM2j Untuk Pusat Kebudayaan Di Batu Caves


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan Batu Caves di sini.

"Saya berharap dengan peruntukan awal ini kerja-kerja permulaan boleh dilaksanakan,” katanya pada sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves di sini hari ini.

Pada 2010, Najib mengumumkan peruntukan RM3.6 juta bagi mengindahkan Batu Caves selain RM4 juta untuk membina bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Batu Caves, yang mana kedua-dua projek itu telah pun siap dilaksanakan. 

Jumaat, 3 Februari 2012

Laporan Rosmah Boros Cerita Liar - Najib



Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menolak dakwaan bahawa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan kira-kira RM325,000 semasa membeli-belah di Sydney. 

Selasa, 31 Januari 2012

Perdana Menteri Mohon Agar Pemimpin Dan Seluruh Anggota BN Berkerja Keras Dalam PRU-13 Nanti


Datuk Seri Najib Razak meminta pemimpin dan anggota parti Barisan Nasional (BN) supaya sentiasa bekerja keras dan merapatkan barisan bagi mendapatkan keyakinan serta mengekalkan mandat daripada rakyat. 

Perdana Menteri berkata, hanya pasukan yang bersatu dan kuat mampu berdepan dengan cabaran serta ujian pada pilihan raya umum akan datang. Sambil memetik ungkapan Inggeris ‘rumah yang retak akan runtuh’, beliau mengingatkan semua parti komponen bahawa parti itu akan tumbang jika mereka berpecah-belah. 

Ahad, 29 Januari 2012

Perdana Menteri Najib Tun Razak Hari Mengumunkan Elaun Rela Naik 2.00 Sejam


Kerajaan bersetuju menaikkan elaun bertugas sukarelawan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) sebanyak RM2 sejam buat anggota berpangkat pegawai dan lain-lain pangkat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan sentiasa mementingkan kebajikan rakyat, kerajaan sentiasa menjaga kebajikan semua pihak.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...