Selasa, 7 Februari 2012

Perdana Menteri Peruntukan RM2j Untuk Pusat Kebudayaan Di Batu Caves


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan Batu Caves di sini.

"Saya berharap dengan peruntukan awal ini kerja-kerja permulaan boleh dilaksanakan,” katanya pada sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves di sini hari ini.

Pada 2010, Najib mengumumkan peruntukan RM3.6 juta bagi mengindahkan Batu Caves selain RM4 juta untuk membina bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Batu Caves, yang mana kedua-dua projek itu telah pun siap dilaksanakan. 


Pengumuman itu merupakan respons Najib kepada ucapan Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman, Datuk R Nadarajah yang memohon peruntukan bagi membina auditorium dan pusat kebudayaan di kuil berkenaan memandangkan ia sering menjadi tumpuan pelancong. 

"Pembinaan itu adalah satu kemestian kerana kuil ini sering menjadi lokasi persidangan antarabangsa dan dengan adanya auditorium dan pusat kebudayaan, kita akan menarik lebih ramai pengunjung,” kata Nadarajah. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...