Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Mac 2012

Pas Putuskan Hubungan Dengan PKR


Pas perlu bertindak tegas dengan memutuskan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika benar parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang yang mempertahankan keselamatan Israel.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, berbeza dengan kerajaan, pemimpin parti pembangkang langsung tidak mempunyai satu pendirian yang jelas dan konsisten membela nasib rakyat Palestin akibat pembinasaan kejam oleh negara penjajah itu. 

Katanya, surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel jelas membuktikan sokongan kerajaan terhadap rakyat Palestin yang tidak pernah berubah sekali gus tidak mengiktiraf Israel. ''Apa yang kita kesal Anwar dan pemimpin Pas tidak ada ketetapan ini. Kenyataan Anwar mempertahankan keselamatan Israel cukup jelas.

PAS Pusat Gagal Capai Kata Putus Menteri Besar Kedah Bakal Letak Jawantan


Mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bermesyuarat hampir empat jam gagal mencari jalan penyelesaian berhubung kemelut yang melanda pentadbiran PAS Kedah. Sehubungan itu satu lagi mesyuarat khas yang akan dipengerusikan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal diadakan di Alor Setar pada Sabtu ini. 

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata kepimpinan tertinggi PAS akan bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi bagi menyelesaikan kemelut yang semakin berlarutan itu. "Kami akan mengadakan perjumpaan mahabbah di antara kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar dan Datuk Phahrolrazi untuk kita selesaikan maslah ini. 

Rabu, 8 Februari 2012

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) Mendesak Kerajaan Pas Kelantan Beri Penjelasan


Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) mendesak kerajaan Pas Kelantan memberi penjelasan berhubung perjanjian yang ditandatangani pada tahun 2002 dengan sebuah syarikat pemaju, Liziz Standaco Sdn. Bhd. (Liziz Standaco) untuk menjalankan projek pembangunan di Lembah Sireh di sini. 

Presiden OMBAK, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, ini kerana melalui perjanjian yang dimeterai itu, kerajaan negeri bersetuju memberikan tanah seluas kira-kira 400 hektar kepada pemaju tersebut dengan bayaran premium hanya sebanyak RM1 juta dan sebagai ganti, pemaju perlu menjalankan beberapa projek di negeri ini membabitkan kos dianggarkan RM370 juta.

Nik Aziz Diminta Kembali Ke Pangkal Jalan Kerana Sudah Terpasong Jauh


Ulama Pas perlu mentarbiah Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya kembali ke pangkal jalan dan berhenti daripada bersikap hipokrit semata-mata untuk menjaga kepentingan politiknya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keengganan Nik Abdul Aziz menyatakan pendirian berhubung sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan sebuah negara Israel baru-baru ini membuktikan beliau seorang pemimpin yang tidak berpendirian. "Dia sepatutnya berkata sesuatu yang lebih tegas bukannya berdiam diri atau sekadar meminta penjelasan Anwar yang sebenarnya hanya satu helah.

Selasa, 7 Februari 2012

Jelas lah Pakatan Rakyat Akan Menghapuskan Kuasa Raja Raja Melayu Dan Menghapuskan Hak Keistimewaan Orang Orang Melayu


Pakatan Rakyat Akan Menghapuskan Kuasa Raja Raja Melayu Dan Menghapuskan Hak Keistimewaan Orang Orang Melayu Dan Ingin Merampas Putrajaya

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, beliau terpaksa berjuang dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mempertahankan akidah umat Islam apabila Pas tidak mahu memperjuangkan isu tersebut. 

Katanya, parti itu yang sebelum ini menjadikan Islam agenda utamanya sejak 50 tahun lalu, kini lebih berminat untuk menduduki Putrajaya daripada berjuang menegakkan hukum Islam. Jelasnya, Pas sanggup bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP walaupun DAP secara jelas menentang penubuhan negara Islam yang berlandaskan prinsip undang-undang Islam. 

Selasa, 31 Januari 2012

‘Saya Pun Ada Bukti Salah Laku Pemimpin Pakatan’ Kata Hassan Ali


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menggesa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai bukti penyelewengan dan salah laku melibatkan beliau. Menurutnya, beliau sendiri tidak mengetahui bentuk penyelewengan yang didakwa Azmin sebagai rahsia yang kini berada dalam tangan Pakatan Rakyat (PR). 

Sebaliknya, Hasan mendedahkan beliau juga mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung salah laku pemimpin PR, menerusi pemberi maklumat dalam gabungan tersebut.

Ahad, 29 Januari 2012

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang Berhasrat Tidak Mahu Bertanding Pada Pilihan Raya Umum Ke-13


Hasrat Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan datang menunjukkan sesuatu yang tidak kena dalam parti itu, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussein. 

Beliau berkata, kenyataan terbuka presiden parti itu adalah sesuatu yang amat luar biasa sebagai petanda bahawa Pas kini berada dalam kancah pergolakan. "Mungkin ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam parti itu menyebabkan Presiden sebuah parti sanggup menyatakan pendirian terbuka untuk tidak bertanding dalam pilihan raya," katanya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...