Memaparkan catatan dengan label DAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DAP. Papar semua catatan

Khamis, 22 Mac 2012

Datuk Dr Hasan Ali Mendakwa Pemimpin PAS ‘Parasit Politik’ Kepada DAP Dan PKR


‘You (anda) sabarlah sikit... You ikut saja... You main mata dengan DAP dan PKR

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa parti itu kini dikuasai 72 peratus pemimpin berfahaman sekular yang ‘tidur sekatil’ dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bagi memenuhi matlamat mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 

Hasan yang juga bekas EXCO kerajaan Selangor berkata, pemimpin ‘parasit politik’ itu juga sanggup menggadaikan Islam dan mengetepikan al-Quran, hadis dan itjmak ulama untuk bersengkongkol dengan kedua-dua parti pembangkang itu.

Ahad, 19 Februari 2012

Akhirnya Semua Persoalan Terjawab Bahawasanya Lim Guan Eng Gagap Untuk Menjawab Soalan


Selama ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kelihatan hebat ketika memberi ceramah di atas pentas politik tetapi apabila diberi peluang, beliau enggan menjawab beberapa kritikan terhadapnya ketika mengambil bahagian dalam debat MCA-DAP di Berjaya Times Square di sini hari ini. 

Dalam debat selama satu jam sempena Persidangan Masyarakat Cina di Persimpangan Politik itu, Setiausaha Agung DAP tersebut bukan sahaja 'gagal' menjawab beberapa soalan peserta persidangan, malah cuba berdolak dalik termasuk sentiasa menyalahkan Kerajaan Pusat sepanjang perdebatan itu. 

MCA diwakili oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada debat itu yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai. Terdahulu, pihak penganjur telah menetapkan beberapa garis panduan termasuk membenarkan peserta persidangan mengajukan soalan kepada kedua pendebat tersebut. 

Rabu, 8 Februari 2012

Puak PAS Kantoi Lagi Kata DAP P.Pinang Bersih DAP Perlu Jelas Pemberian Wang RM14 juta


Kerajaan Pulau Pinang perlu memberi penjelasan kepada rakyat berhubung pemberian wang sebanyak RM14 juta dalam isu tanah Tan Hak Ju kerana ia melibatkan wang rakyat. Menurut pensyarah Kuliah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr. Zulfakar Ramlee, jumlah tersebut amat besar sebagai pampasan daripada sebuah kerajaan yang memerintah.

''Jika pampasan itu daripada pihak swasta ia mungkin tidak perlu dipertikaikan tetapi kalau daripada kerajaan negeri ini sesuatu yang perlu diperjelaskan,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Kata beliau, rakyat Pulau Pinang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran untuk memantau isu berkenaan bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan.

Selasa, 7 Februari 2012

Jelas lah Pakatan Rakyat Akan Menghapuskan Kuasa Raja Raja Melayu Dan Menghapuskan Hak Keistimewaan Orang Orang Melayu


Pakatan Rakyat Akan Menghapuskan Kuasa Raja Raja Melayu Dan Menghapuskan Hak Keistimewaan Orang Orang Melayu Dan Ingin Merampas Putrajaya

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, beliau terpaksa berjuang dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mempertahankan akidah umat Islam apabila Pas tidak mahu memperjuangkan isu tersebut. 

Katanya, parti itu yang sebelum ini menjadikan Islam agenda utamanya sejak 50 tahun lalu, kini lebih berminat untuk menduduki Putrajaya daripada berjuang menegakkan hukum Islam. Jelasnya, Pas sanggup bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP walaupun DAP secara jelas menentang penubuhan negara Islam yang berlandaskan prinsip undang-undang Islam. 

Ahad, 27 November 2011

Lim Kit Siang Menghina Orang Melayu Tak Kan Orang PAS Diam Je



Di bawah adalah petikan perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini…:- "Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. 

Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku. 

LKS dalang peristiwa berdarah! Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekatil dengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku. Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...