Memaparkan catatan dengan label Nik Aziz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nik Aziz. Papar semua catatan

Rabu, 8 Februari 2012

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) Mendesak Kerajaan Pas Kelantan Beri Penjelasan


Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) mendesak kerajaan Pas Kelantan memberi penjelasan berhubung perjanjian yang ditandatangani pada tahun 2002 dengan sebuah syarikat pemaju, Liziz Standaco Sdn. Bhd. (Liziz Standaco) untuk menjalankan projek pembangunan di Lembah Sireh di sini. 

Presiden OMBAK, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, ini kerana melalui perjanjian yang dimeterai itu, kerajaan negeri bersetuju memberikan tanah seluas kira-kira 400 hektar kepada pemaju tersebut dengan bayaran premium hanya sebanyak RM1 juta dan sebagai ganti, pemaju perlu menjalankan beberapa projek di negeri ini membabitkan kos dianggarkan RM370 juta.

Nik Aziz Diminta Kembali Ke Pangkal Jalan Kerana Sudah Terpasong Jauh


Ulama Pas perlu mentarbiah Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya kembali ke pangkal jalan dan berhenti daripada bersikap hipokrit semata-mata untuk menjaga kepentingan politiknya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keengganan Nik Abdul Aziz menyatakan pendirian berhubung sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan sebuah negara Israel baru-baru ini membuktikan beliau seorang pemimpin yang tidak berpendirian. "Dia sepatutnya berkata sesuatu yang lebih tegas bukannya berdiam diri atau sekadar meminta penjelasan Anwar yang sebenarnya hanya satu helah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...