Memaparkan catatan dengan label #SCS93. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #SCS93. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Jun 2016

#SCS93 Roll Back #prkSgBesar Calon Barisan Nasional #inilahBudiman Yang Tidak Pernah Jemu Berkempen Untuk Rakyat @NajibRazak

Ketika Calon PRK Sg Besar Diumumkan beliau adalah anak tempatan Sg Besar yang berjiwa rakyat Sdr Budiman 

"Saya bukannya Superman atau Batman, tapi Budiman yang akan datang membantu menyelesaikan masalah anda." Itu janji Budiman Mohd Zohdi, calon Barisan Nasional (BN) kepada pengundi-pengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar. 

Jika mengikut bacaan politik, peluang BN dilihat cerah di Sungai Besar, namun andaian itu bukan signal untuk BN 'beraya' awal kerana parti itu dikatakan perlu berhati-hati dengan elemen perubahan undi yang mungkin berlaku saat akhir. Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata pesonaliti dan kredibiliti Budiman yang mesra masyarakat dan mudah didekati mampu menjadi faktor penentu kepada kejayaan BN pada pilihan raya kecil itu. 


Beliau seorang yang mudah disenangi oleh warga tempatan rakyat Sg Besar




eliau berkata penduduk kawasan Parlimen Sungai Besar yang meliputi kawasan luar bandar mementingkan wakil rakyat yang boleh memperjuangkan isu-isu tempatan dan kebajikan mereka. "Apa yang pengundi Sungai Besar mahu ialah wakil rakyat yang mudah didekati dan mampu membawa suara mereka ke peringkat persekutuan," katanya kepada



Latar Belakang YB Budiman yang mempunyai Politik Dan Komitmen Sosial


Beliau mula berkempen salam dua jari dan itu adalah 2 Fokus Utama untuk rakyat tempatan Sg Besar

Malah YB Budiman difitnah oleh parti DAP yang memasang Banner beliau pada Billboard DAP 

Malah katanya isu-isu yang dibangkitkan PAS dan Amanah sejak bermulanya kempen PRK itu pada 5 Jun lepas tidak begitu memberi impak terhadap masyarakat luar bandar. "Isu-isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) merupakan isu yang sudah lama berlalu, kesannya pada pengundi tidak begitu besar," katanya. Bagaimanapun, beliau berkata BN perlu memberi perhatian kepada faktor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang boleh membawa perubahan undi pada saat-saat akhir.  




Beliau berkata penduduk kawasan Parlimen Sungai Besar yang meliputi kawasan luar bandar mementingkan wakil rakyat yang boleh memperjuangkan isu-isu tempatan dan kebajikan mereka. "Apa yang pengundi Sungai Besar mahu ialah wakil rakyat yang mudah didekati dan mampu membawa suara mereka ke peringkat persekutuan," katanya 

 IKRAR YB BUDIMAN JIKA BELIAU MENJADI AHLI PARLIMEN SG BESAR






Katanya menteri besar Selangor itu yang tidak menonjolkan diri pada separuh masa pertama kempen, boleh datang bersama jentera kerajaan negeri, dalam memberikan harapan dan janji-janji kepada pengundi. "Namun, ini juga bergantung kepada kesediaan Azmin untuk mengorbankan kestabilan kerajaan negeri Selangor ketika ini yang turut dianggotai PAS dengan membantu Amanah bagi mencapai matlamat jangka pendek," katanya. 

Flash Mod Dari Nelayan Sg Besar Kerajaan Selangor Zalim #SCS93 #prkSgBesar @NajibRazak @NohOmar


#SCS93 #prkSgBesar - Satu Flash Mod telah diadakan di Pasar Ramadhan Sg Besar yang menunjukan bantahan terhadap kerajaan negeri Selangor tentang cukai yang dikenakan terhadap nelayan simpanan sampan di setiap jeti di negeri Selangor.

Menurut salah seorang demontrasi Sdr Kalam Azad yang mengetuai demontrasi yang menceritakan permasalahan yang dikenakan cukai sebanyak RM600 terhadap nelayan. Disamping itu beliau menyatakan bahawa kerajaan Negari Selangor tidak patut mengenakan cukai terhadap nelayan kerana apa yang dihadapi oleh nelayan pada masa kini adalah sumber tangapan ikan yang di perolehi oleh nelayan tidak menentu. 



Malah secara tidak langsung mungkin kenaikan harga ikan akan melambung tinggi yang akan ditanggung oleh rakyat pada masa kini. Apabila kenaikan harga ikan ini melambung tinggi rakyat akan menyalahkan kerajaan persekutuan malah yang harus di pertanggungjawabkan oleh kerajaan Negeri Selangor.




Khamis, 16 Jun 2016

Kerajaan Negeri Selangor Kena Caj RM600 Kepada Nelayan Di Selangor #SCS93 #prkSgBesar





#SCS93 #prkSgBesar , 16 Jun -- Kira-kira 100 nelayan Sungai Besar mengadakan demonstrasi aman membantah cadangan Kerajaan PKR Negeri Selangor mengenai caj jeti pendaratan dan tambatan bot-bot nelayan di setiap pangkalan nelayan, di negeri ini. 

Kumpulan nelayan itu mahu kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menarik balik cadangan yang disifatkan bukan sahaja tidak masuk akal tetapi turut dilihat menjerut kehidupan para nelayan. 

Pengerusi Persatuan Nelayan Selangor (Penegor) Mohd Jaman Haris berkata pihaknya telah menghantar memorandum yang ditandatangani melibatkan perwakilan daripada 72 Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 27 Mei lepas. 


“Setakat ini, Menteri Besar masih belum menjawab memorandum ini dan memberi tarikh untuk nelayan berdialog dengannya. “Pendapatan nelayan bukannya mewah dan tidak menentu, tindakan mengenakan cukai ini memberi tekanan kepada kami para nelayan,” katanya dengan kesal. 

Apa yang mengecewakan, Jaman berkata, selama ini segala prasarana dan kebajikan para nelayan terbela dan dijaga oleh Kerajaan Persekutuan, tetapi sebaliknya kerajaan negeri hanya menangguk di air keruh apabila mengenakan cukai jeti ini. 

“Sebab apa saya kata kerajaan negeri menangguk di air keruh ialah mereka tidak mengeluarkan sesen pun untuk menjaga nelayan di negeri ini. “Yang membina jeti ialah kerajaan pusat melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), mereka tidak keluar modal dan tiba-tiba kenakan cukai jeti kepada kami. 



Mereka cuba menghisap darah para nelayan,” katanya lagi. Selangor mempunyai lebih kurang 5000 nelayan kecil dan menerima elaun bulanan sara hidup sebanyak RM300 daripada Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional.

Sombong,Bongkak Dan Angkuh Seramai 32 Ahli PAN Keluar Parti Serta Menolak Azhar Ab Shukur Sebagai Ahli Parlimen Sg Besar #SCS93 #prkSgBesar


#SCS93 #prkSgBesar - Seramai 32 ahli Penaja Parti Amanah Negara (Amanah) Sungai Besar sebulat suara menolak calon mereka, Azhar Ab Shukur kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan pimpinan tertinggi parti berkenaan.

Timbalan Ketuanya, Mohd Sapigni Tulus berkata, Amanah telah meletakkan calon yang salah dan tidak mempunyai kredibiliti sebagai ahli parlimen Sg Besar sebagaimana yang diharapkan penduduk Sungai Besar. “Amanah telah meletakkan calon yang kami sifatkan sebagai ‘Touch N Go’ kerana beliau tak bermastautin di sini dan bukan dikira sebagai anak tempatan kerana menetap di Pahang.

“Jika menang sudah pasti beliau tidak mampu merencana dan melaksanakan apa-apa agenda pembangunan, sosial atau masyarakat kerana hanya berada di Sungai Besar dua kali sebulan untuk menjenguk kawasan,” katanya dalam satu sidang media tergempar di sini, sebentar tadi. Menurutnya, mereka menolak Azhar kerana beliau memiliki ciri-ciri dan dan tidak-tanduk yang bongkak, angkuh dan sombong. 

"Calon PAN berjanji akan balik 2 bulan sekali insyallah,
 kalau dapat isteri baru yang duduk kat Sg Besar ini saya akan balik tiap tiap hari jangan risau" kata dari calon PAN Ustaz Azhar Shukur

“Sejak merampas kepimpinan Amanah Sungai Besar secara kotor, semua pemimpin yang menghidupkan parti tersebut telah disingkirkan. “Perlakuan tersebut jelas di luar batas seorang pemimpin yang baik untuk rakyat kerana dari awal lagi beliau telah menunjukkan kebiadaban terhadap rakan-rakan parti di Sungai Besar,” katanya. 

Katanya, beliau pernah suarakan ketidakpuasan hati ahli terhadap calon pada pimpinan tertinggi negeri tetapi mereka tidak mengendahkannya. “Jawapan yang kami terima menduka citakan seolah-olah melepaskan batok di tepi tangga sedangkan masih ramai calon di kalangan anak tempatan yang berwibawa,” katanya. 


Justeru, Sapigni berkata, beliau menyeru supaya pengundi di Sungai Besar sama ada Melayu, Cina dan India memilih Budiman sebagai menjadi Ahli Parlimen Sg Besar. “Antara ketiga-tiga calon yang ditampilkan pertandingan 3 penjuru untuk memilih calon yang paling layak menjadi ahli Parlimen Sg Besar adalah calon dari Barisan Nasional, malah beliau sendiri mengistiharkan untuk menyokong calon BN, Budiman Mohd Zohdi kerana beliau sahaja calon yang sesuai mewakili semua penduduk di Sungai Besar. 

“Pengundi tak ada pilihan lain selain memilih calon BN, Budiman Mohd Zohdi kerana rekod kerja telah membuktikan beliau seorang Adun yang menyerlah di Sungai Panjang selama tiga tahun,” katanya. Katanya, keputusan menolak Azhar tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak sebaliknya bertitik tolak atas kesedaran mereka sebagai ahli Amanah. 

“Kami buat atas kesedaran sendiri dan kami juga tak dibayar walau satu sen pun untuk menolak Azhar sebagai calon kami. “Kami berfikir apa salahnya dalam ketiga-tiga calon yang bertanding kita memilih siapa yang terbaik dan mempunyai rekod kerja yang cemerlang,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau berkata, semua ahli yang ada pada malam ini tidak takut dibuang daripada parti kerana menolak Azhar dan mencadangkan pengundi memilih Budiman. “Kalau kami dipecat tetapi ia mendatangkan bahagia kepada beribu orang apa salahanya jadi pecatlah kami,” katanya. Dalam masa yang sama, Sapigni juga memaklumkan bahawa beliau tidak akan keluar dari Amanah atau menyertai mana-mana parti termasuk BN sendiri.

Dr Rani Calon PAS Digesa Menarik Diri Oleh Dewan Ulama' PAS Negeri Selangor #SCS93 #prkSgBesar

"Sebonarnya pakcik nak gi berperang ni, tak nampak ko pakcik bawa mosingan ni" 

Dewan Ulama' Pas Negeri Selangor sebentar tadi telah mengadakan mesyuarat tergempar dan mengambil ketetapan seperti berikut:- 

1) Menggesa Dr Rani, calon P093 menarik diri dari bertanding mewakili Pas susulan tindakan beliau menghadiri program iftar anjuran Pakatan Harapan di Sungai Besar petang tadi. 

2) Mengarahkan seluruh jentera pilihanraya di negeri selangor berhenti dari memberi sokongan kepada Dr Rani serta merta. 

3) Mengarahkan semua pengundi Pas di Sungai Besar mengundi calon Barisan Nasional atau memboikot dengan tidak turun mengundi dalam PRK akan datang. 

DUPNS amat kecewa dengan tindak tanduk Dr Rani yang memalukan parti sejak bermula kempen PRK kali ini. Terbukti apa yang dibahaskan oleh perwakilan DUPNS bahawa Dr Rani adalah harumanis adalah benar! 

Rabu, 15 Jun 2016

#SCS93 #prkSgBesar Mana Calon Parti Amanah Negara (PAN) & PAS Tak Turun Kempen Ke Kat Abang Polis Ke @Zahid_Hamidi


Satu daripada dua saluran pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar iaitu bilik cawangan Latihan/Sukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) 1, IPPD Sabak Bernam ditutup pada pukul 2 petang ini setelah dibuka sejak pukul 8 pagi. 

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata satu lagi pusat pengundian di bilik Cawangan Latihan/Sukan IPPD, di IPPD Sabak Bernam, akan terus dibuka hingga pukul 5 petang ini.


Setakat pukul 2 petang semalam calon Parti Amanah & PAS hilang tampa dikesan ketika pengundian awal dijalanakan, sejumlah 91 peratus daripada 286 pengundi awal telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi. Seramai 21 pengundi awal berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan sementara 265 pengundi awal berdaftar di DUN Sungai Panjang. 


PRK Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi; calon PAS yang juga ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada parti Amanah, yang mewakili Pakatan Harapan. Seramai 42,655 pengundi biasa pula akan menunaikan tanggungjawab mereka pada 18 Jun ini.

#SCS93 #prkSgBesar PAS Selangor Kecewa Menteri Besar Selangor Sokong Parti Amanah Untuk Membentuk Kerajaan Negeri Selangor

Dah Tiba Masa Nya PAS Keluar Dari Pakatan Rakyat 

#SCS93 #prkSgBesar - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan secara jelas menyokong calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Ab Shukur sebagai calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini. 

Beliau memberitahu ketokohan yang ada pada Ustaz Azhar dari Parti Amanah Negara mampu membawa suara rakyat yang cukup besar di dalam Parlimen. Malah katanya, latar belakang dan kredibiliti Azhar mampu mengangkat martabat rakyat Parlimen itu untuk diketengahkan di Dewan Rakyat. 

"Saya dah berbincang panjang..saya nyatakan sokongan penuh kepada calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan," katanya ketika berucap pada Program Iftar Perdana di Dewan Kampung Hala Cara Baru Sungai Panjang hari ini. 

Bagaimanapun, Mohamed Azmin turut menasihati Adun Meru, Dr Rani Osman agar tidak bersedih. "Kita sahabat dalam Dun. Beliau (Abdul Rani) juga banyak beri sokongan pada dasar kerajaan sejak 2008 untuk menjayakan program yang akan dan telah dilaksanakan. 

"Saya doakan dia terus maju untuk sama-sama dalam kerajaan negeri dan bertekad menentang kezaliman BN di Putrajaya tanpa mengira latar belakang politik,"katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...