Rabu, 15 Jun 2016

#SCS93 #prkSgBesar Mana Calon Parti Amanah Negara (PAN) & PAS Tak Turun Kempen Ke Kat Abang Polis Ke @Zahid_Hamidi


Satu daripada dua saluran pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar iaitu bilik cawangan Latihan/Sukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) 1, IPPD Sabak Bernam ditutup pada pukul 2 petang ini setelah dibuka sejak pukul 8 pagi. 

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata satu lagi pusat pengundian di bilik Cawangan Latihan/Sukan IPPD, di IPPD Sabak Bernam, akan terus dibuka hingga pukul 5 petang ini.


Setakat pukul 2 petang semalam calon Parti Amanah & PAS hilang tampa dikesan ketika pengundian awal dijalanakan, sejumlah 91 peratus daripada 286 pengundi awal telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi. Seramai 21 pengundi awal berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan sementara 265 pengundi awal berdaftar di DUN Sungai Panjang. 


PRK Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi; calon PAS yang juga ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada parti Amanah, yang mewakili Pakatan Harapan. Seramai 42,655 pengundi biasa pula akan menunaikan tanggungjawab mereka pada 18 Jun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...