Rabu, 15 Jun 2016

#SCS93 #prkSgBesar PAS Selangor Kecewa Menteri Besar Selangor Sokong Parti Amanah Untuk Membentuk Kerajaan Negeri Selangor

Dah Tiba Masa Nya PAS Keluar Dari Pakatan Rakyat 

#SCS93 #prkSgBesar - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan secara jelas menyokong calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Ab Shukur sebagai calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini. 

Beliau memberitahu ketokohan yang ada pada Ustaz Azhar dari Parti Amanah Negara mampu membawa suara rakyat yang cukup besar di dalam Parlimen. Malah katanya, latar belakang dan kredibiliti Azhar mampu mengangkat martabat rakyat Parlimen itu untuk diketengahkan di Dewan Rakyat. 

"Saya dah berbincang panjang..saya nyatakan sokongan penuh kepada calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan," katanya ketika berucap pada Program Iftar Perdana di Dewan Kampung Hala Cara Baru Sungai Panjang hari ini. 

Bagaimanapun, Mohamed Azmin turut menasihati Adun Meru, Dr Rani Osman agar tidak bersedih. "Kita sahabat dalam Dun. Beliau (Abdul Rani) juga banyak beri sokongan pada dasar kerajaan sejak 2008 untuk menjayakan program yang akan dan telah dilaksanakan. 

"Saya doakan dia terus maju untuk sama-sama dalam kerajaan negeri dan bertekad menentang kezaliman BN di Putrajaya tanpa mengira latar belakang politik,"katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...