Selasa, 14 Jun 2016

#SCS93 #pkrSgBesar Nelayan Terpaksa Membayar RM600 Setahun Untuk Simpanan Sampan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas, Y.B. Tuan Zaidy Bin Abdul Talib mengesahkan perkara dalam ceramahnya di hadapan penyokong PAS. Beliau berkata, Caj tersebut hanya akan dikenakan ke atas pengerusan Jeti Nelayan sebanyak RM600 setahun dan jika dibahagikan keapda 12 bulan hanya RM50 sahaja caj yang akan dikenakan

Baru-baru ini, kerajaan Selangor menerusi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengeluarkan cadangan untuk mengenakan caj jeti pendaratan dan tambatan bot sebanyak RM600 setahun ke atas lebih 5,000 nelayan di negeri itu. 

Cadangan itu dikatakan turut melibatkan bayaran cukai ke atas penggunaan jeti-jeti yang dibina oleh kerajaan pusat, pihak swasta dan jeti seliaan LKIM. Ahmad Shabery menegaskan, kerajaan negeri sepatutnya membantu nelayan sebagaimana yang dilaksanakan kerajaan Persekutuan seperti pemberian Elaun Sara Hidup, peralatan menangkap ikan seperti pukat dan enjin bot percuma. 

Selain itu, beliau turut menggesa kerajaan negeri memberi penjelasan berkenaan cukai berkenaan yang dikatakan akan melibatkan cukai ke atas jeti pendaratan dan jeti tambatan di seluruh negeri itu. Sejak isu itu timbul pada April lepas, kerajaan negeri setakat ini belum memberikan sebarang jawapan. 


Nelayan yang berusia 59 tahun dalam temubual kerajaan Selangor mencadang mengenakan caj jeti sebanyak RM600.00 dikenakan kepada nelayan nelayan kecil

Pada majlis itu, sebanyak 22 nelayan Bagan Sungai Besar yang menyertai Sukarelawan Perikatan (Super) menerima lesen sampan baharu, kit keselamatan, 100 unit radio nelayan selain aplikasi android yang dinamakan 'Superkom' dimuat naik pada telefon bimbit nelayan. golongan nelayan Selangor mengusulkan bantahan mengenai cadangan untuk mengenakan cukai sebanyak RM600 setahun itu kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Banyak sangat rungutan telah kami terima daripada para nelayan. Perkara ini tak patut dibuat kerana kebanyakan jeti ini dibina LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dan kerajaan pusat dan sesetengah jeti nelayan itu milik swasta. "Kerajaan negeri tidak beri sumbangan apa-apa apatah lagi kemudahan, sebaliknya sekarang mahu mengenakan caj pula. 

Cukai ini adalah sesuatu yang menjadi beban tambahan kepada nelayan dan sudah tentu meningkatkan kos operasi nelayan dan akhirnya akan dibebankan kepada rakyat dengan menjual harga ikan lebih tinggi," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program keselamatan dan kesejahteraan nelayan pantai di Jeti Nelayan Bagan Sungai Besar, di sini Ahad. 

Turut hadir Ketua Setiausaha Pertanian Datuk Seri Dr Ismail Bakar, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Datuk Ismail Abu Hassan, Pengerusi LKIM Datuk Irmohizam Ibrahim dan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...