Khamis, 16 Jun 2016

Kerajaan Negeri Selangor Kena Caj RM600 Kepada Nelayan Di Selangor #SCS93 #prkSgBesar





#SCS93 #prkSgBesar , 16 Jun -- Kira-kira 100 nelayan Sungai Besar mengadakan demonstrasi aman membantah cadangan Kerajaan PKR Negeri Selangor mengenai caj jeti pendaratan dan tambatan bot-bot nelayan di setiap pangkalan nelayan, di negeri ini. 

Kumpulan nelayan itu mahu kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menarik balik cadangan yang disifatkan bukan sahaja tidak masuk akal tetapi turut dilihat menjerut kehidupan para nelayan. 

Pengerusi Persatuan Nelayan Selangor (Penegor) Mohd Jaman Haris berkata pihaknya telah menghantar memorandum yang ditandatangani melibatkan perwakilan daripada 72 Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 27 Mei lepas. 


“Setakat ini, Menteri Besar masih belum menjawab memorandum ini dan memberi tarikh untuk nelayan berdialog dengannya. “Pendapatan nelayan bukannya mewah dan tidak menentu, tindakan mengenakan cukai ini memberi tekanan kepada kami para nelayan,” katanya dengan kesal. 

Apa yang mengecewakan, Jaman berkata, selama ini segala prasarana dan kebajikan para nelayan terbela dan dijaga oleh Kerajaan Persekutuan, tetapi sebaliknya kerajaan negeri hanya menangguk di air keruh apabila mengenakan cukai jeti ini. 

“Sebab apa saya kata kerajaan negeri menangguk di air keruh ialah mereka tidak mengeluarkan sesen pun untuk menjaga nelayan di negeri ini. “Yang membina jeti ialah kerajaan pusat melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), mereka tidak keluar modal dan tiba-tiba kenakan cukai jeti kepada kami. 



Mereka cuba menghisap darah para nelayan,” katanya lagi. Selangor mempunyai lebih kurang 5000 nelayan kecil dan menerima elaun bulanan sara hidup sebanyak RM300 daripada Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...