Ahad, 3 Disember 2017

16,600 Pelajar Menerima Bantuan Persekolahan 2018 @TengkuAdnanReal @NajibRazak


Seramai 16,600 pelajar sekolah daripada keluarga kurang berkemampuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menerima bantuan awal persekolahan 2018 di bawah program Ceria Ke Sekolah anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP). 


Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata bantuan berupa baucar pakaian benilai RM100 serta barangan keperluan sekolah seperti alat tulis dan beg sekolah itu melibatkan perbelanjaan berjumlah lebih RM2.5 juta. 


Tengku Adnan, yang juga Pengerusi YWP, berkata pemberian sumbangan tahunan itu adalah sebagai sokongan moral kepada ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak di samping memberi semangat dan keceriaan kepada pelajar untuk ke sekolah. "Baucar tersebut adalah untuk membeli pakaian dan kasut sekolah di dua kedai yang telah dikenal pasti iaitu Pusat Pakaian Hari-Hari dan kedai Canggih," katanya pada sidang media selepas menyerahkan sumbangan kepada 1,150 pelajar sekolah di bawah program Ceria Ke Sekolah, di sini hari ini. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...