Sabtu, 9 Disember 2017

Siapa Kata Kerajaan Tak Bantu Peniaga @Tengkuadnanreal @NajibRazak @IsmailSabri60



Selama beberapa hari Perhimpunan Agung UMNO 2017 berlangsung kemeriahan ini juga turut dirasai oleh peniaga peniaga makanan yang telah menyediakan makanan secara percuma yang baru diperkenalkan oleh kerajaan melalui sistem FoodTruck dan disajikan kepada tetamu serta penyunjung yang hadir ke PWTC bagi menyaksikan secara langsung Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC.

Dalam temubual dengan salah seorang peniaga yang dikenali Amran Bin Md Said pengusaha Nasi Kerabu Anne Noor D'Kelate amat berterima kasih kepada pihak kerajaan yang telah banyak membantu beliau menjalankan perniagaan secara Foodtruck yang telah diperkenalkan oleh kerajaan hampir 2 tahun yang lalu. Pihak kerajaan turut membantu peniaga Foodtruck melalui pelbagai agensi seperti Kem. Wilayah , KKLW , KPDNKK , MARA dan banyak lagi agensi kerajaan yang sama sama turut terlibat bagi membantu rakyat untuk menaikan taraf ekonomi rakyat tempatan di Malaysia. 

Peniaga Foodtruck turut berterima kasih kepada Ketua Kampung Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor ruang dibeberapa tempat di sekitar Lembah Klang dimana peniaga ini dapat berniaga persekitaran lembah klang bagi memperkenalkan sistem perniagaan melalui Foodtruck ini kepada orang awam. Dan Datuk Seri Tengku Adnan juga  selaku Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha Agung UMNO Malaysia telah memberi ruang kepada peniaga foodtruck selama 3 hari bagi menyediakan berbagai makanan dan minuman kepada perwakilan yang hadir ke PWTC.

"Lepas ni kena cakap ngan Pak Menteri sponser laa lebih sikit ini perwakilan belum habis bersidang sebelum pukul 5.00 petang makanan dah habis"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...