Khamis, 5 Oktober 2017

Nasihat Saya Buat Tun Mahathir Dan LGE Kalau Tak Tahu Sejarah Baik Masuk Sekolah Balik Belajar @TengkuAdnanReal @NajibRazak


Tuduhan Lim Guang Eng KLIK DISINI dan Tun Mahathir KLIK DISINI terhadap Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan menyifatkan beliau telah salah guna kuasa sebagai menteri mengunakan sekolah untuk berpolitik adalah tidak benar kerana apa yang berlaku pihak Malaysiakini telah mengeditkan semua seperti ucapan Tengku Adnan dan gambar gambar apa yang sebenarnya berlaku. 

Dalam ucapan Datuk Seri Tengku Adnan beliau tahu kebanyakan guru guru serta penjawat awam tidak lagi bersama dengan UMNO sepertimana zaman dahulu kala di mana guru guru dan penjawat awam bersama sama dengan UMNO memperjuangkan Agama Bangsa Dan Tanahair apa yang berlaku sekarang ini tidak seperti itu maka dengan itu Tengku Adnan amat berbesar hati mempelawa guru guru serta penjawat awam kembali bersama sama dengan UMNO bagi memperkuatkan lagi Agama, Bangsa dan Tanahair KLIK DISINI.

Ini Jawapan Dari Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kuala Lumpur (MHSKL) selaku penganjur dan pengadil bagi pertandingan menghias kelas serta persembahan sempena sambutan hari kemerdekaan

Dalam satu kenyataan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kuala Lumpur (MHSKL) terpanggil untuk menjawab artikel di atas yang diterbitkan secara atas talian semalam. Dalam artikel tersebut, Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE) menyatakan bahawa sekolah-sekolah sedang berubah menjadi tempat penyebaran politik merujuk kepada Pertandingan Hiasan Sekolah sempena bulan kemerdekaan peringkat Putrajaya yang bertemakan “Umno dan Kemerdekaan” yang dianjurkan bersama oleh Biro Pendidikan Parlimen Putrajaya dan PSMKL. 

Kumpulan tersebut menyatakan pertandingan seperti ini dapat melunturkan keyakinan terhadap sistem sekolah kebangsaan. Kami melihat kenyataan oleh kumpulan ini bersifat melulu untuk memberi pandangan yang negatif dan mengelirukan orang ramai terhadap usaha kami. PSMKL telah terlibat dalam memberikan pandangan kepada jawatankuasa penganjur bersama pertandingan ini sejak 2014. 

Sejak pertandingan pertama diadakan, kami telah menyediakan kepakaran teknikal dan pasukan juri untuk membantu dalam menjayakan pertandingan ini. Mengenai tema yang dipilih, kami telah menyediakan parameter berikut sebagai bimbingan kepada penganjur; 


  1. Tema berunsurkan sejarah harus sesuai dengan sukatan pelajaran sekolah kerajaan yang terdapat dalam buku teks sejarah; 
  2. Pertandingan ini adalah untuk mengasah kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam subjek sejarah untuk para pelajar mengetahui sumber sejarah dan melatih keyakinan mereka untuk memberi ucapan dan persembahan kepada juri mengenai tema pilihan mereka; 
  3. Pelajar juga harus mempelajari asas-asas perlembagaan dan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan menerusi proses politik dan membezakannya dengan perjuangan kemerdekaan melalui perjuangan mengangkat senjata;
  4. Penghakiman dilakukan secara telus oleh anggota PSMKL. (Dari tahun 2014-2016 PSMKL telah menyediakan dua panel juri untuk pertandingan. Tahun ini, Penolong Bendahari Kehormat PSMKL telah dilantik sebagai Ketua Juri.) Kami berpendirian bahawa penganjur telah mematuhi semua parameter yang dicadangkan oleh PSMKL. 



Mengenai tema pertandingan ini iaitu berkaitan dengan sejarah di mana Umno dan parti-parti politik lain berjuang untuk kemerdekaan Malaya dalam tempoh dari tahun 1946 hingga Merdeka pada tahun 1957 merupakan satu fakta yang tidak dapat disangkal dan terukir dalam lipatan sejarah negara kita. Justeru, 

PAGE sebagai kumpulan aktivis pendidikan yang bertanggungjawab, tetapi tidak seharusnya memainkan isu ini seolah-olah ia bukannya fakta sejarah. Parameter-parameter yang ditetapkan juga menunjukkan bahawa ibu bapa seharusnya yakin bahawa penganjur meletakkan kepentingan pelajar sebagai keutamaan dalam menganjurkan pertandingan ini. 

Dengan menghidupkan kembali detik-detik sejarah melalui drama dan persembahan, para pelajar bukan sahaja akan diberi pengalaman pembelajaran, tetapi akan membolehkan mereka menikmati proses pembelajaran sejarah dan peluang untuk merasai pengalaman ketika proses tersebut berlangsung. Oleh itu, bendera Umno yang dikibarkan oleh pelajar tidak harus dipetik di luar konteks. 

Menurut Ketua Juri yang mewakili PSMKL, kibaran bendera Umno dilakukan sebagai satu adegan babak terakhir di mana Tunku Abdul Rahman dan rombongan merdeka memohon dana daripada orang ramai untuk perjalanan mereka ke London. Semasa pelajar mementaskan adegan yang terkenal di mana wanita memberikan perhiasan dan lelaki memberikan apa sahaja yang mereka ada untuk misi Merdeka, beberapa pelajar lain mengibar bendera dan lagu Umno turut dinyanyikan. 

Kami percaya adegan tersebut apabila dilihat ke dalam konteks yang betul memberi maksud positif untuk mengembalikan saat bersejarah itu walaupun ia mungkin atau tidak tepat dari perspektif sejarah. Perlu diingat bahawa penganjur tidak terlibat sama sekali tentang cara dan bagaimana sekolah dan pelajar bersaing dari segi kreativiti dan ekpresi dalam usaha ke arah merealisasikan tema yang diberikan. PSMKL ingin terus menyokong pertandingan seperti ini untuk dianjurkan bukan sahaja di Putrajaya bahkan di Kuala Lumpur dengan mengembangkan tema seperti “Era Kesultanan Melaka”, “Pasca Perang Dunia 1” dan “Pasca Perang Dunia II”.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...