Rabu, 4 Oktober 2017

Dasar Pemisah Melarang Penjawat Awam & Guru Guru Berpolitik Sejak Dari Zaman Mahathir Lagi @TengkuAdnanReal @NajibRazak


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor secara terbuka memperlawa guru-guru dan pegawai kakitangan kerajaan gred Jusa keatas untuk bersama sama beliau menyertai UMNO seperti mana yang dilakukan pada zaman dahulu lagi apa yang kita lihat jelas sejak zaman dahulu lagi ramai yang tahu yang menjadi Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda mereka ini datang nya dari golongan guru guru dan golongan propersional seperti pegawai Gred Jusa keatas kerana mereka ini lah yang dapat menyampaikan dasar dasar kerajaan secara terus kepada anak murid dan kakitangan di bawah penguasaan mereka.

Rakyat harus tahu pada zaman Tun Mahathir lah guru guru dan kakitangan awam tidak dibenarkan untuk menyertai mana mana parti Politik kerana pada zaman Mahathir memerintah selama 22 tahun beliau telah mengeluarkan satu pekeliling di mana guru guru dan penjawat awam khususnya pegawai atasan tidak dibenarkan menyertai mana mana parti politik kerana pada masa itu Mahathir telah merasakan diri nya akan tergugak dengan guru guru dan penjawat awam kerana pada masa itu Mahathir melihat guru guru dan penjawat awam atasan mempunyai pengikut yang begitu ramai dan kemungkinan juga Mahathir merasa takut kerana segala rahsia yang beliau rompak akan terbongkar. 

Dalam skop ini guru guru dan penjawat awam mereka ini haruslah memainkan peranan sebagai agent kerajaan dan Agent Parti Politik untuk menyampaikan dasar dasar kerajaan yang dipimpin oleh Parti Barisan Nasional yang mana Kerajan Barisan Nasional telah banyak melakukan kebajikan dan kebaikan dari segi pembangunan, keselamatan dan  ekonomi Malaysia sehingga hari ini rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang amat selesa.

Dan guru guru juga haruslah menjadikan satu sejarah dan guru guru serta penjawat awam haruslah menceritakan salsilah kewujudan setiap pembangunan serta kebaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional dan kesejahteraan rakyat yang Malaysia miliki dari dulu sehingga kini. Kerana murid murid harus tahu yang mana apa yang mereka miliki dari dulu sehingga kini adalah satu perjuangan dasar parti di dalam Barisan Nasional untuk menjaga keharmonian rakyat. Dan guru guru juga harus menyampaikan dasar dasar kerajaan Barisan Nasional dengan tulus yang telah kerajaan Barisan Nasional laksanakan dan ini juga haruslah disampaikan di dalam bentuk sejarah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...