Isnin, 2 Oktober 2017

Dua Hakim Rayuan Menarik Diri Untuk Mendengar Rayuan Rafizi Sebab Kuat Sangat Kelantong #RafiziJualRafizi




Dua Hakim Tarik Diri untuk mendengar hujah rafizi mengenai satu saman fitnah yang dikemukakan oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp)  

Kalau dah macam ni rupa asik nak kelantong Rakyat jee kalau ada lagi rakyat nak percaya ntah laa ... sedangkan Hakim pun cabut lari ni kan rakyat. Dasar lidah bercabang ni

Dua hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli berhubung satu saman fitnah. 

Saman itu dikemukakan oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan pengerusi eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail terhadap Mohd Rafizi dan Malaysiakini berhubung pembelian sebuah hartanah di KL Eco City di Bangsar. 

Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim yang mempengerusikan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini, berkata atas kepentingan keadilan, beliau dan Hakim Mary Lim Thiam Suan tidak akan mendengar rayuan itu dan akan menarik diri mereka. 

Beliau sebelum itu memberitahu peguam bahawa kedua-dua mereka telah bersidang dalam panel Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan dalam satu lagi kes fitnah membabitkan Dr Mohamad Salleh dan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada 10 Julai tahun ini. 

Peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Dr Mohamad Salleh berkata kedua-dua hakim tidak seharusnya mendengar rayuan Mohd Rafizi tetapi peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Mohd Rafizi berhujah kedua-dua hakim berkenaan boleh mendengar rayuan itu oleh kerana kenyataan dalam kes Nurul Izzah adalah berlainan sama sekali.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...