Isnin, 18 September 2017

@TengkuAdnanReal @NajibRazak Menasihati Masyarakat Cina Supaya Menghargai Jasa MCA


YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir dalam Perhimpunan Patriotik Masyarakat Cina Anjuran MCA dan NGO yang diadakan di Dewan Tun Razak 1, PWTC

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berharap masyarakat Cina dapat menghargai perjuangan dan kejayaan MCA memperjuangkan nasib masyarakat cina dalam Barisan Nasional.

Masyarakat Cina diminta agar terus memberi sokongan kepada kepimpinan MCA dalam Barisan Nasional dan menghargai jasa MCA sebagai parti yang sentiasa memperjuangkan nasib dan kepentingan kaum itu. 

Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata hasil kejayaan yang dikecapi masyarakat Cina hari ini adalah hasil perjuangan pemimpin MCA terdahulu. "Kalau tiada MCA dalam Barisan Nasional, adakah kamu fikir sekolah Cina akan senang seperti sekarang". 

TAR UC (Kolej Univeristi Tunku Abdul Rahman. Adalah sebuah Kolej yang banyak memberi peluang perniagaan. Yang mana kebanyakan rakan-rakan saya dalam MCA telah memperjuangkan. "MCA adalah parti yang berstruktur dan mengapa perlu musnahkan parti cantik ini," katanya pada majlis penutupan program Lukisan Mural Tapak Tangan Patriotik sempena Hari Kebangsaan ke-60 di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang. 

Turut hadir sama Presiden MCA merangkap Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan Datuk Yew Teong Look. 

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut mengingatkan kepada seluruh kepimpinan MCA agar terus mendekati rakyat bagi mendapatkan sokongan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...