Isnin, 18 September 2017

Ada Pihak Lain Yang Cuba Menghapuskan Kuasa Orang Melayu


Tindakan Perdana Menteri menerima kembali Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib kembali ke pangkuan UMNO adalah satu tindakan yang tepat kerana selama 5 tahun beliau berada dalam Pakatan Harapan ternyata mereka tidak pernah sekali pun menyuarakan Agenda Orang Melayu dan mereka sering bertelagah sesama sendiri bagi kepentingan peribadi. 

Beliau sedar selama ini hanya parti UMNO sahaja lah yang dari dulu sehingga kini masih memperjuangkan Agenda Orang Melayu dan Umat Islam sehingga ke hari ini. Apa yang dilihat pada hari ini Pakatan Harapan mula memecahkan belah kan dikalangan orang melayu kerana mereka tahu dalam keadaan sekarang ini mereka melihat orang melayu tidak lagi bersatu dan mereka mula merasakan mereka mempunyai satu kaum yang akan menjadi kumpulan penentu untuk kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti. Dan mereka juga akan menghapuskan kuasa kuasa Politik orang melayu dan Agama Islam sekiranya mereka berjaya menguasai politik dalam Malaysia. 

Dalam satu sidang media TS Muhammad Mohd Taib mengakui bahawa hanya Parti keramat iaitu parti UMNO sahaja yang dapat membela nasib orang melayu dan nasib kaum kaum yang lain. Beliau menceritakan bagaimana dalam satu mesyuarat kepimpinan Tertinggi Pakatan yang beliau pernah menghadiri "dalam mesyuarat pimpinan tertinggi dalam pakatan, tidak pernah bincang agenda Melayu langsung, kerana dalam mesyuarat itu terdiri dari semua kaum, maka jika agenda Melayu pun tidak dibincangkan, apatah lagi berkaitan isu agama Islam,” ujarnya dalam sidang media selepas pengumuman kemasukan semula beliau ke dalam UMNO. Sumber Dari UMNO Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...