Selasa, 19 September 2017

Pemimpin Parti Amanah Negara Adalah Boneka DAP Akhirnya Senyap Seribu Bahasa

Setiausaha PAS KELANTAN Datuk Che Abdullah Mat Nawi menyelar sikap pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) yang terus mendiamkan diri dalam walaupun mereka sebelum ini melaungkan-laungkan parti itu turut memperjuangkan Islam

Tindakan pihak DAP untuk menganjurkan Pesta Beer 2017 langsung tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang beragama Islam di dalam negara ini. Ahli Parlimen Seputih DAP Teresa Kok telah mengesa pihak DBKL untuk mengkaji semula penolakan permohonan bagi menganjurkan "Better Beer Fastival 2017" yang bakal diadakan di Solaris Damansara Kuala Lumpur. 

Dalam Perlembagaan Persekutuan telah meletakan agama Islam adalah agama persekutuan secara rasminya dan kebanyakan memajoriti penduduk di negara ini adalah beragama islam. Ini juga telah di bahas oleh Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim dan beliau mengatakan negara Malaysia adalah sebuah negara Demokrasi yang membenarkan semua pihak boleh melakukan apa sahaja selagi tidak menyalahi undang undang.

Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari berkata suara lantang yang dizahirkan DAP dalam mempertahankan penganjuran berkaitan (pesta arak) dilihat bukan sahaja satu kebiadaban, bahkan modal kepada provokasi tipikal parti tersebut di mana acapkali membayangi aktiviti seperti itu. "Kami juga mencabar dan menuntut parti-parti komponen Pakatan Harapan menyatakan pendirian dan sikap mereka berhubung isu ini. Berdiam diri bererti bersetuju dan bersekongkol, sekali gus mengesahkan DAP adalah 'ketua' sebenar PH yang tidak berani disanggah sama sekali," dan beliau turut menegaskan "Selaku negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Malaysia tidak seharusnya menoda kesucian tersebut dengan kebebasan begitu.

Berhubung isu itu, Setiausaha PAS KELANTAN Datuk Che Abdullah Mat Nawi menyelar sikap pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) yang terus mendiamkan diri dalam walaupun mereka sebelum ini melaungkan-laungkan parti itu turut memperjuangkan Islam. "Tokoh-tokoh 'jihad' dalam Amanah semua diam, bukan sahaja membabitkan isu pesta arak malah dalam semua perkara apabila ia bersangkutan dengan DAP. Amanah tak boleh berbuat apa-apa kerana takut DAP marah," katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...