Rabu, 7 Disember 2016

Nothing Else Matters @NajibRazak @Zahid_Hamidi @DrAliHamsa @TengkuAdnanReal

Akhirnya pihak Unit Perancang Ekonomi berjaya tamatkan perkhidmatan saya dalam perkhidmatan dalam kerajaan


Tahniah kepada EPU yang telah berjaya membuang kerja saya sebagai seorang pemandu dan sebagai seorang blogger yang telah menjaga nama baik kerajaan. Mungkin selama ini EPU tak pernah menggunakan khidmat saya sebagai seorang pemandu dan sebagai seorang blogger yang banyak mempertahankan kerajaan.

Tetapi disini saya ingin memberitahu kepada Ketua Setiausaha Negara bahawa banyak kesalahan yang dilakukan di EPU tetapi tidak sekali pun mereka mengambil tindakan sebagai contoh dibawah ini tidak pun dibuang kerja malah masih boleh lagi berkhidmat dalam kerajaan.

Pejabat inginkan saya buat rayuan malah rayuan apa yang nak dibuat kalau dah tak diperlukan lagi khidmat saya. Tetapi jangan la disebabkan tak punch petang dikenakan tindakan buang kerja dan janganlah disebabkan bantu UMNO 10 hari pun diambil tindakan buang kerja sedangkan marai lagi yang melakukan kesalahan besar seperti xcident sehingga mengakibatkan 2 kenderaan EPU terus TOTAL LOST tapi tiada apa apa tindakan dari pihak EPU.

Dan ada kes menggunakan kereta Jabatan balik kampung dan menggakibatkan kemalangan tapi hanya tindakan menahan pergerakan gaji selama 3 tahun. Sedangkan saya cuma tidak punch out sahaja tetapi dibuang kerja. bukan itu sahaja pihak EPU tidak memberi saya sebarang tugasan akhirnya dapat surat tindakan dibuang kerja. Tahniah EPU


Lihat gambar dibawah ini pihak EPU tidak mengenakan apa apa tindakan pun


kepada Tan Sri KSN fikir fikir lah malas nak fikir panjang





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...