Isnin, 1 Ogos 2016

Panas Pegawai Tertinggi Penjawat Awam Menerima RM800 Ribu Sehingga 1Juta Apabila Bersara @NajibRazak @DrAliHamsa @Zahid_Hamidi

Kerajaan perlu pertimbangkan tempoh syarat menerima pencen untuk kakitangan awam berunifrom yang berkhidmat dalam sektor awam dan juga anggota tentera, polis terlalu lama dengan itu bagi menghargai jasa dan sumbangan besar untuk golongan itu, oleh itu Perdana Hitam mencadangkan pihak kerajaan mengkaji semula tempoh 25 tahun bagi tempoh matang berkhidmat dalam kerajaan dan kerajaan juga perlu meningkatkan imbuhan serta kebajikan penjawat awam berunifrom seperti tentera, polis dan penjawat awam peringkat sokongan termasuk menyediakan kediaman rumah yang selesa serta membiayai pendidikan anak-anak dan sebagainya perlu diberi keutamaan bagi menghargai jasa mereka dalam perkidmatan awam.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu Perdana Hitam mencadangkan pihak kerajaan perlu mengkaji semula tempoh kelayakan penerimaan pencen bagi kakitangan penjawat awam dalam unit beruniform berhak menerima pencen sebelum tempoh 25 tahun yang ditetapkan oleh kerajaan selama ini. Kebanyakan dikalangan Unit berunifrom dikalangan penjawat awam tidak layak untuk menerima pencen dari kerajaan kerana ada dikalangan mereka tidak mencukupi perkhidmatan dalam tempoh berkhidmat dengan kerajaan selama 25 tahun diakibatkan kecacatan berpunca dari berlakunya kemalangan serta ditimpa musibah yang tidak diduga dalam tempoh perkhidmatan dalam kerajaan. 

Sebagai contoh apabila seseorang penjawat awam berunifrom seperti tentera, polis dan sebagainya telah berkhidmat 15 tahun akan menerima hadiah bayaran graduty sebanyak 15 bulan sebagai hadiah terima kasih kerajaan atas khidmat mereka bersama kerajaan dan dibayar pada kadar gaji terkini. Dengan ada duit graduty ini dapatlah mereka menampung untuk dijadikan deposit pembelian rumah kos rendah yang disediakan oleh kerajaan seperti Rumah Penjawat Awam PP1M dan PR1MA. Dan insentif yang kedua apabila mereka telah berkhidmat 25 tahun dan masih berkhidmat dalam kerajaan mereka juga layak diberi bayaran hadiah graduty sebanyak 15 bulan pada gaji terkini supaya penjawat awam kakitangan sokongan diperingkat bawahan menggunakan duit itu dijadikan modal untuk melakukan sebarang perniagaan sekiranya ada dikalangan penjawat awam yang berminat menceburi bidang usahawan dalam menjadikan modal perniagaan.

CONTOH 
  1. 15 tahun X 15 bulan gaji terkini termasuk elaun = 15 X RM 1,800 = RM 27,000 
  2. 25 tahun berkhidmat X 15 tahun hadiah pada kadar gaji terkini tidak termasuk elaun   15 X RM 2,000 = RM 30,000
Perbezaan ini dapat dilihat apabila penjawat awam peringkat tertinggi serta ahli-ahli politik mereka akan menerima jumlah pencen yang beratus ribu ringgit sebagai hadiah(graduty) daripada pihak kerajaan sehinggakan boleh mencecah (Graduty) RM800,000 sehingga RM1Juta apabila penjawat awam peringkat tertinggi bersara. Masih terdapat juga sehingga kini ada pegawai peringkat tertinggi atasan sanggup melanjutkan perkhidmatan mereka setelah bersara kerana mereka melihat kadar bayaran yang dibuat oleh kerajaan lebih 2 kali ganda pada gaji asal apabila selepas bersara dan menjadi pegawai kontrak dalam kerajaan. Pertama mereka akan mendapat duit pencen dibayar sepenuhnya oleh pihak kerajaan dan kedua menerima bayaran gaji kontrak pada kadar gaji yang terkini termasuklah keistimewaan yang disediakan oleh kerajaan seperti kereta Proton Perdana, Pemandu, Minyak, Tol dan banyak lagi diberi secara percuma tampa mengeluarkan satu sen pun untuk ke pejabat. Sebagai contoh bayaran gaji penjawat awam yang bersambung sebagai pegawai kontrak:

CONTOH 
  1. Gaji Pencen dengan kadar penuh + Gaji Kontrak termasuk Elaun =
  2. RM 8,000.00(gaji pencen) + RM15,000.00(gaji kontrak) = RM23,000.00 setiap bulan
Dengan ini saya Perdana Hitam mencadangkan agar pihak kerajaan mengkaji secara inklusif bagi menjaga kebajikan penjawat awam dalam unit berunifrom serta anggota tentera, polis dan sebagainya terutama yang berpangkat rendah kerana mereka adalah dalam golongan yang akan berada di barisan hadapan untuk mempertahankan kerajaan dan mereka bersedia untuk bertempur demi menjadi benteng keselamatan dan kedaulatan negara pada ketika ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...