Jumaat, 1 Julai 2016

EXCO Pendidikan N. Melaka, Pegawai Polis IPD Alor Gajah Bersubahat Dalam Kes A'FAMOSA Betul Ke??? @Zahid_Hamidi @PDRMsia



EXCO PENDIDIKAN NEGERI MELAKA BERPIHAK A' FAMOSA, PEGAWAI POLIS IPD ALOR GAJAH DIRAIKAN DALAM MAJLIS BERBUKA PUASA OLEH A' FAMOSA? 

1. Susulan daripada isu perpindahan pelajar Kolej Antarabangsa Unifield (UIC) yang dikatakan mendapat halangan daripada pihak A' Famosa Resort seperti mana aku ketengahkan dua hari lepas. 

2. Aku difahamkan Exco Pendidikan Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Yunus berpihak kepada A' Famosa Resort dalam kes ini dan enggan membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pihak kolej/pelajar/ibubapa dengan pihak A' Famosa Resort. (harap tuan punya badan segera buat kenyataan bagi menafikan dakwaan ini). 

3. Malah semalam, aku dapat satu pesanan WhatsApp Group daripada anggota dari IPD Alor Gajah bahawa pegawai atasan yang dikatakan enggan mengambil tindakan susulan walaupun telah ada laporan daripada pihak kolej/pelajar/ibubapa. 



4. Selain itu, difahamkan juga bahawa kelmarin pegawai-pegawai berpangkat dari pencegahan jenayah IPD Alor Gajah diraikan dalam majlis berbuka puasa oleh pihak A' Famosa Resort. 

5. Tidak hairanlah pihak polis di IPD Alor Gajah bersikap sambil lewa setiap kali pihak kolej, pelajar dan ibubapa cuba membuat laporan. Bukan mahu menuduh tetapi kita harap pihak-pihak berkaitan belum kena 'beli' jiwa mereka dengan kapitalis. 

6. Isu kezaliman pihak A' Famosa Resort mula dapat perhatian media seperti dilaporkan dalam Utusan Online, 1 Julai (hari ini) - dua hari selepas isu ini aku ketengahkan pada 29 Julai. 

7. Untuk makluman, sekarang ini semua pelajar telah berpindah namun lori-lori yang disewa oleh ibubapa untuk membawa keluar barang pelajar masih lagi ditahan dan tidak dibenarkan keluar. 

#AFamosaResortZalim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...