Khamis, 25 Ogos 2016

Rakyat Tak Perlu Mempertikaikan Kekayaan @TengkuAdnanReal Cukup Dengan Sumbangan Bantuan Yang Beliau Hulurkan Kepada Rakyat

Rakyat tidak perlu mempertikaikan kekayaan Ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Bin Tengku Mansor cukup lah dengan sumbangan dan bantuan yang telah beliau diberi kepada kepada rakyat seperti membantu golongan Asnaf, golongan miskin, golongan yang kurang upaya dan golongan gelandangan yang mana selama 12 tahun beliau menjadi Ahli Parlimen Putrajaya bukan sahaja rakyat Putrajaya sahaja yang dibantu malahan seluruh rakyat Malaysia yang menghadapi kesusahan beliau akan cuba membantu tidak kira dari segi kewangan ataupun dari segi tenaga kerja yang pentingnya beliau akan sedaya upaya membantu rakyat yang mengalami kesusahan. 

Sebagai contoh beliau memperjuangkan membantu golongan gelandangan seperti menyediakan satu pusat transit bagi golongan gelandangan di jalan Pahang dan semua itu atas usaha beliau yang mana beliau tidak mahu melihat ada dikalangan orang tua tua, orang yang kesusahan yang tidak mempunyai tempat tinggal sekurangnya mereka ini ada tempat untuk berteduh.

Ini lah hasil usaha Tengku Adnan Bin Tengku Mansor sebagai Menteri Wilayah Persekutuan menyediakan Pusat Transit bagi Gelandangan bagi pihak yang memerlukan bantuan sebagai tempat untuk berteduh 

Malahan bukan itu sahaja beliau setiap tahun menyediakan sumbangan ikhlas serta bantuan kepada setiap surau dan masjid di seluruh Wilayah Persekutuan malahan bukan setakat di Wilayah Persekutuan sahaja baru baru ini sekumpulan anak muda yang berasal dari Putrajaya yang membuat satu Konvoi Amal Merdeka 1 Wilayah Persekutuan turut menjayakan visi dan misi mereka dengan membantu membersihkan surau dan persekitaran perkuburan dan turut memberi sumbangan kepada golongan Asnaf di Batu 3 Segari Lumut Perak dengan mengeluarkan perbelanjaan beliau sendiri tanpa bantuan kerajaan. Untuk gambar boleh lawati di Klik Disini





 Tengku Adnan turut menyediakan 50 barangan keperluan seperti Beras, Gula, minyak masak dan bermacam macam lagi untuk diagihkan kepada golongan Asnaf di Batu 3 Segari Lumut Perak. 

Bukan setakat itu sahaja malahan setiap tahun beliau turut menyediakan kuota kepada penduduk Putrajaya untuk menunaikan haji bagi orang Putrajaya yang kurang kemampuan untuk menunaikan ibadah haji serta Umrah kerana beliau selaku Ahli Parlimen Putrajaya. Dan dengan ini rakyat tidak pelulah mempertikaikan kekayan dan beliau tidak perlu mengiktiharkan harta beliau mungkin boleh menjadi ancaman kepada keluarga beliau salah satu sebab dari segi keselamatan keluarga beliau akan yang mungkin akan terdedah dengan terancam penjenayah yang bakal mengundang lebih baik daripada itu beliau tidak mengistiharkan harta kekayaan beliau. Kerana semua kekayaan beliau telah dikongsikan dengan rakyat di seluruh Malaysia.

Sepatutnya rakyat haruslah mempetikaikan kekayaan yang dimiliki oleh pembangkang iaitu Lim Guang Eng selaku Ahli Parlimen Pulau Pinang yang sanggup membeli rumah yang berharga 2.8 juta dari salah seorang individu dan kekayaan beliau ini tidak pernah sekali pun Lim Guang Eng membantu rakyat Pulau Pinang malahan sifat Lim Guang Eng yang banyak menindas rakyat terhadap rakyat Pulau Pinang sehinggakan orang Melayu di Pulau Pinang terpaksa berhijrah ke Seberang Prai kerana orang melayu di Pulau Pinang sudah tidak mampu untuk membeli harga rumah yang terlalu tinggi. Perbezaaan ini ketara apa bila Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Bin Tengku Mansor telah banyak memperjuangkan untuk keselesaan rakyat seperti menyediakan perumahan untuk penjawat awam dan penduduk yang menetap di sekitar Wilayah Persekutuan dan beliau mahukan rakyat kalangan pertengahan boleh memiliki rumah di Kuala Lumpur dengan harga yang berpatutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...