Rabu, 23 November 2016

Kementerian Di Minta Mengenal Pegawai & Kakitangannya Kerajaan Terlibat Dalam Perhimpunan Bersih 5.0 @NajibRazak @DrAliHamsa

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa mengingatkan penjawat awam tidak menyertai perhimpunan Bersih 5.0 & akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk buang kerja atau potong gaji.


Semua kementerian diminta mengenal pasti kemungkinan pegawai dan kakitangannya terlibat dalam perhimpunan Bersih 5.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa. Beliau berkata demikian apabila dimaklumkan bahawa terdapat ‘satu atau dua penjawat awam’ dipercayai pensyarah, terlibat dalam perhimpunan itu. "Penglibatan mereka (individu dipercayai pensyarah) dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan juga gambar dalam media sosial. 

Saya sudah minta kementerian yang berkaitan melihat sekiranya pegawai-pegawainya terlibat. "Bagaimanapun, perkara ini perlu disahkan. Kita tidak boleh terus mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan CIO Convex Sektor Awam 2016 di sini hari ini. 

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata hukuman yang akan diambil terhadap penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan itu bergantung kepada bentuk kesalahan yang dilakukan. 

Minggu lepas, Tan Sri Dr Ali Hamsa mengingatkan penjawat awam agar tidak menyertai sebarang perhimpunan yang tidak diluluskan pada Sabtu dan boleh berdepan tindakan tatatertib termasuk buang kerja atau potong gaji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...