Jumaat, 10 Jun 2016

#SCS93 #prkSgBesar Tan Sri @NohOmar Cabar PAS Dan PAN Buat Kenyataan Rasmi Siapa Sebenarnya Pembangkang


#SCS93 #prkSgBesar 10 Jun 2016 - Azmin pernah ugut Parti PAS untuk memecat semua exco exco PAS jika PAS bertanding di Sg Besar sehingga kini sikap Azmin yang berdiam diri tidak membuatkan apa apa keputusan yang membuatkan pengundi di Sg Besar tertanya tanya kedudukan PAS dan PAN (Parti Amanah Negara) dalam kerajaan Negeri Selangor pada ketika ini

Sessi temubual bersama Tan Sri Noh Omar di Pusat Media Sg Besar petang tadi mengatakan pihak kerajaan Selangor perlu menyatakan kedudukan PAS dan PAN yang mana ketika ini PAS tidak lagi bersama sama dalam Pakatan rakyat dan akhirnya Azmin terpaksa berdiam diri tidak boleh membuat apa apa keputusan sekiranya Azmin terpaksa mengikut telunjuk dari pihak DAP. 

Dan sekiranya Azmin menyokong PAS dalam PRK Sg Besar ini ternyata dari pihak DAP mula mengugut Pakatan Rakyat iaitu PKR untuk keluar dari Pakatan. Kata Tan Sri Noh Omar semasa temubual di pusat media Sg Besar petang tadi. 

Dalam lawatan ke pusat media petang tadi Tan Sri Noh Omar mengatakan kerajaan Selangor ini telah dikuasai oleh pihak DAP ini jelas bahawa Pakatan iaitu PKR tidak mempunyai kuasa untuk memimpin Kerajaan Negeri Selangor mereka hanya mengikut telunjuk DAP kerana pada masa ini pihak DAP telah memenangi 14 kerusi dan begitu juga PAS juga mempunyai 13 kerusi dan pihak PKR hanyalah mempunyai 12 kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. 

Ini bermakna DAP masih lagi menguasai Dewan Undangan Negeri Selangor lagi di dalam kerajaan Negeri Selangor. Di temubual tersebut Tan Sri Noh Omar mengulangi cabaran yang di buat oleh Perdana Menteri semalam mengatakan Parti Amanah Negara(PAN) ini adalah parti kerajaan atau parti pembangkang. 

Cabaran ini juga turut dilotarkan kepada pihak PAS dan pihak PAS perlu menyatakan PAS ini kerajaan Selangor atau pun parti pembangkang. Ini dilihat kerajaan negeri Selangor sudah menjadi kerajaan carca merba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...