Jumaat, 10 Jun 2016

#SCS93 #PRKSgBesar Ikrar #InilahBudiman Sebagai Aku Janji Sekiranya Diberi Mandat Sebagai Ahli Parlimen Sg Besar @NajibRazak

Ikrar Calon PRK P.093 Budiman Mohd Zohdi  sekiranya beliau menjadi Ahli Parlimen Sungai Besar 



Calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil P093 Sungai Besar dan menyatakan hasrat dan impian serta janji sekiranya beliau diberi mandat mewakili suara hati masyarakat Sungai Besar bahawa beliau akan 

  • Menumpukan sepenuhnya daya usaha dan tenaga saya untuk membantu menyelesaikan isu isu permasalahan penduduk Sungai Besar, dari Sungai Panjang hinggalah ke Sekinchan, tampa mengira keturunan, agama, kaum dan latar belakang politik. 
  • Memberi tumpuan dengan tanggungjawab yang diberikan untuk menjadi perantara antara penduduk Sungai Besar dan Kerajaan Persekutuan, membawa setiap permasalahan dan rintihan penduduk Sungai Besar untuk didengari dan diberi keutamaan oleh Kerajaan Persekutuan 
  • Memastikan setiap dasar, inisiatif dan bantuan Kerajaan Persekutuan akan dilaksanakan dan dinikmati oleh setiap penduduk di Sungai Besar. Dengan ini saya menyatakan fokus dan keutamaan saya sekiranya diberi kepercayaan sebagai Ahli Parlimen Sungai Besar bahawa saya akan memperkenalkan 3 pendekatan iaitu:-

1.    1 KELUARGA 1 MAHASISWA


Pendidikan merupakan asas dalaman penbentukan modal insan masa hadapan warga Sungi Besar. Inisiatif ini akan menyasarkan untuk membangunkan program-program pendidikan yang komprehensif untuk setiap anak-anak Sungai Besar. Anak-anak Sungai Besar yang merupakan cahaya masa hadapan negara akan diasuh untuk cermerlang dalam pendidikan demi masa depan keluarga dan negara.


2.   MEMCAMBAH INOVASI & IDEA BARU UNTUK MENINGKATKAN TARAF EKONOMI SUNGAI BESAR


Kekuatan ekonomi Sungai Besar adalah berasaskan kepada Pertanian, Perladangan, Perikanan, Penternakan, Industri Asas Tani serta Industri Kecil dan Serdehana. Tumpuan dan Usaha akan diberikan untuk menambah baik dan membuka peluang ekonomi baru melalui percambahan inovasi dan idea baru untuk meningkatkan pendapatan dan nilai tambah dalam industri yang diceburi oleh penduduk Sungai Besar

3.   MEMPERKENALKAN SUNGAI BESAR SEBAGAI PUSAT ECO-TOURISM


Keindahan alam semulajadi, keramahan warga Sungai Besar, keunitkanbudaya yang pelbagai serta limpahan produk-produk ekonomi tempatan menjadi Sungai Besar unit. Program membangunkan konsep “Sungai Besar pusat pelancongan Eko-Tourism” akan diperkenalkan, yang akan membawa pelancong baik dari luar dan juga dalam negara,untuk memjadi produk baru ekonomi penduduk Sungai Besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...