Isnin, 13 Jun 2016

#SCS93 #prkSgBesar Rafizi Kantoi Fitnah Lagi Mengatakan Mara Potong Elaun Bulanan Penuntut (IKM) Institusi Kemahiran Mara


Rafizi hadir Dalam Satu Ceramah Parti Amanah Negara (PAN) 
yang berlansung di Sg Besar 




#SCS93 #prkSgBesar  13 Jun 2016 SUNGAI BESAR - Menteri Kemajuan Luar Bandar Datuk  Seri Ismail Sabri menyangkal dakwaan Rafizi yang mengatakan bahawa elaun bulanan penuntut (IKM) Institut Kemahiran Mara telah dikurang oleh Mara sebanya RM 50.00 iaitu dari rm250 menjadi rm225 ini adalah tidak benar.

"Saya difahamkan Rafizi ada berkata elaun bulanan mara dikurangkan di ceramahnya malam tadi di Sungai Besar," 

"Ingin saya maklumkan bahawa MARA tidak pernah pun mengurangkan elaun bulanan bagi  penunut IKM, malah mana-mana institusi lain," katanya dengan nada kesal. 


DatukSeri Ismail Sabri Kesal atas sikap Rafizi yang suka menabur fitnah kepada Mara yang mengatakan elaun Penuntut IKM  telah di potong itu tidak benar kata Datuk Seri Ismail Sabri walaupun didalam bulan Ramadhan bulan yang mulia bagi menghormati umat islam berpuasa tetapi Rafizi tetap menabur fitnah didalam ceramah beliau di Sg Besar tempoh hari.


Beliau menafikan tohmahan Rafizi itu ketika sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Maktab Rendah Sains Mara Sungai Panjang tadi. 

Menurutnya, Rafizi ini tidak serik-serik menabur fitnah kepada kerajaan pusat terutamanya MARA. "Beliau ni sering membuat dakwaan fitnah. Dulu pun dia buat fitnah bahawa kerajaan menghentikan penajaan biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara,"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...